10 yang sempurna dalam Suamiku, Encik Perfect 10!

0
146

PENGGEMAR filem romantik pasti tidak sabar-sabar untuk menonton (SEP10) yang mula ditayangkan di pawagam hari ini. Naskhah adaptasi daripada novel karangan Syamnuriezmil itu membariskan pelakon hebat dengan meletakkan Aaron Aziz dan Lisa Surihani sebagai teraju utama.

Ia berkisar tentang seorang wanita, Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) yang terpaksa mencari jalan penyelesaian selepas mendapati dirinya hamil akibat perbuatan teman lelakinya, Syed Muzaffar (Syazwan Zulkifly) ketika mereka sama-sama menuntut pengajian di London, United Kingdom.

Gagal mengesan Syed, Aleeya kemudiannya memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan memberitahu ibunya, Puan Yazmeen (Jasmin Hamid) bahawa dia telah berkahwin di London. Pertemuan Aleeya dan Zarief Danial (Aaron Aziz) di dalam penerbangan dari London ke Kuala Lumpur telah mengubah takdir kedua-duanya.

Zarief bersetuju untuk menyamar sebagai suami Aleeya selama seminggu dan dalam tempoh tersebut, kemesraan sesama mereka mula berputik. Tunang Zarief, Azura Hanim (Raja Ilya) pula mahu menyegerakan perkahwinan mereka. Namun, terdapat sebab mengapa Azura begitu terdesak ingin bernikah dengan Zarief dan hal tersebut hanya diketahui oleh Akram (Jehan Miskin), seorang jurugambar yang sering bekerjasama dengan Azura dalam urusan kerja.

Konflik bertambah rumit apabila Syed kembali mencari Aleeya dan bersedia untuk bertanggungjawab atas bayi yang dikandungkan Aleeya. Bapa Syed juga menjadi penghalang dalam perhubungan Aleeya dan Zarief kerana menginginkan anaknya berkahwin dan mempunyai zuriat demi mendapatkan harta keluarga manakala nenek Zarief, Tok Zaharah (Normah Damanhuri) dalam diam memasang agenda bagi menyekat pernikahan Zarief dan Azura.

Tersatukah cinta Aleeya dan Zarief atau adakah mereka terpaksa berkorban demi menjaga kepentingan orang lain? Jawapan itu anda perlu ketahui sendiri. Bagi meyakinkan anda bahawa filem ini tidak rugi untuk ditonton, Pepatung senaraikan 10 yang sempurna daripada SEP10.

1) Ini adalah gandingan romantis pertama Aaron Aziz dan Lisa Surihani (dalam Ombak Rindu Lisa hanya bertepuk sebelah tangan).

1-sep10

2) Seronok sungguh tengok Lisa muntah atas baju Aaron.

64-nodither

3) Lebih seronok bila ada aksi lentuk atas bahu, mulalah anda senyum sendirian.

64-nodither (1)

4) Makin lebar senyum kerang anda bila tengok babak suap-menyuap ini.

64-nodither (2)

5) Alahai lepas masakkan, siap set up meja macam candle light dinner lagi. Mana kau nak jumpa ‘suami’ macam ini?

2-sep10

6) Jangan lupa bawa tisu, emosi si Aleeya yang kejap-kejap tersentuh akan membuatkan anda kesian. Cantik Lisa pakai tudung bukan?

64-nodither (3)

7) Bertuahlah Aleeya dapat pinjam cincin kahwin walaupun jadi isteri palsu.

3-sep10

8) Sebab Jasmin Hamid tetap vogue walaupun jadi ‘ibu mertua’ Aaron.

4-sep10

9) Raja Ilya dan watak perempuan jahat berpisah tiada, tapi janganlah benci dia dalam dunia sebenar, dia berlakon sahaja.

5-sep10

10) Bila lagu temanya dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza dan berduet dengan Cakra Khan, mahu tak meleleh air mata tengok cerita ini? Seluruh Cinta lepas ini confirm jadi lagu berhantu.

  • TAG
  • Featured
  • seluruh cinta
  • suamiku encik perfect 10
KONGSI
Artikel sebelumnya10 perkara yang perlu dielakkan sewaktu berbual dengan si kuat kerja
Artikel seterusnyaKata laluan yang paling kerap digodam sepanjang tahun 2014
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS