Filem

Pennywise (It) si badut puaka kembali memburu mangsa

By  | 

LEMBAGA menyerupai badut, Pennywise the Dancing Clown (It) adalah punca ketakutan kanak-kanak era 1990-an terhadap badut. Karakter fiksyen daripada novel seram Stephen King (1986) berjudul It itu pertama kali dijelmakan di kaca televisyen pada 1990.

Menerusi drama mini berseri tersebut, laporan tentang kehilangan kanak-kanak di sebuah pekan kecil di Amerika Syarikat menimbulkan keresahan penduduk. Sekumpulan kanak-kanak yang mengetahui punca kehilangan itu membuat perancangan bagi menghapuskan badut puaka itu.

Menjelang September depan, It bakal ditayangkan untuk kali pertama di pawagam. Versi 2017 itu menyaksikan Bill Skarsgård menggalas peranan sebagai Pennywise.

Semalam, trailer rasminya dilancarkan kepada umum. Berdasarkan paparan 2 minit 30 saat tersebut, ternyata ia akan menjadi filem seram paling dinanti-nantikan.

Biarpun kelibat Pennywise hanya dimunculkan sekilas, tetapi penataan solekan dan kostumnya benar-benar menggerunkan. Untuk anda yang ‘membenci’ badut, beranikan diri tonton trailer di bawah:

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *