Marvel Studio’s Black Panther: filem adiwira pertama 2018

0
86

SEBAGAI filem adiwira pertama yang akan ditayangkan tahun ini, Black Panther keluaran Marvel Studio (Marvel) bakal menemui orang ramai pada 15 Februari ini di pawagam seluruh Malaysia.

Filem ini menampikan watak T’Challa sebagai Raja Wakinda yang memperjuangkan keamanan dan melawan jenayah untuk rakyat Wakinda. Watak Black Panther telah diperkenalkan pada 2016 oleh Marvel menerusi filem Captain America: Civil War.

Ia meraih maklum balas positif, sekali gus membolehkan Black Panther meraih populariti dan peminat tersendiri sehingga ia menjadi naskhah yang dinanti-nantikan para peminat komik dan filem berkisar adiwira.

Black Panther hasil arahan Ryan Coogler akan menampilkan Chadwick Boseman sebagai T’Challa/BlackPanther, Michael B Jordan sebagai watak antagonis iaitu Eric Killmonger, Lupita Nyung’o sebagai Nakia, Danai Gurira sebagai Okoye dan ramai lagi barisan pelakon yang berbakat dan berkualiti.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini