5 lokasi membeli perabot, barangan hiasan dalaman selain di Ikea

0
1034

JENAMA hiasan dalaman dari Sweden, Ikea, begitu sinonim dengan rakyat Malaysia. Setiap kali mahu membeli perabot atau barangan hiasan dalaman baharu, gedung itu pasti menjadi pilihan utama. Tidak dinafikan, pelbagai barangan menarik boleh didapati di sana. Antaranya kelengkapan ruang tamu, bilik tidur dan dapur.

Begitupun, selain Ikea, terdapat banyak kedai hiasan dalaman lain yang boleh disinggah oleh sesiapa sahaja yang ingin menceriakan ruang di rumah masing-masing. Pepatung merangkumkan lima lokasi membeli barangan hiasan dalaman selain Ikea yang terletak di sekitar ibu kota:

1) Lifeshop Atelier
35G Jalan U 5/20E, The Strand
Kota Damansara
Petaling Jaya, Selangor

Lifeshop

Jika anda gemarkan barangan bernuansakan antik, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Lifeshop Atelier yang terletak di Kota Damansara, Selangor. Terdapat juga barangan hiasan dalaman yang bercirikan Perancis, sesuai dengan kediaman urban anda.

2) Recro
53 Lorong Rahim Kajai 13,
TTDI,
Kuala Lumpur

Recro

Agak sukar untuk mencari perabot vintaj di sekitar Kuala Lumpur. Namun, jika anda ke Recro, banyak pilihan menarik yang boleh disuai padan dengan tema moden kediaman anda. Rona warna ala 60-an juga begitu menarik, sesuai dengan jiwa muda dan kontemporori.

3) iwannagohome!
Lot 301A-302B,
Tingkat 3
Suria KLCC, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur
www.iwannagohome.com.sg

Iwanna

Mewah dan moden. Ia bertepatan dengan ciri-ciri yang ditawarkan di iwannagohome! Menawarkan perabot bertemakan Inggeris, pastinya pilihan warna serta corak sarat yang diketengahkan oleh gedung ini menarik perhartian anda.

4) H&M Home
Avenue K,
156, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur
www.hm.com/my/department/home

HMHome

Jika anda inginkan barangan hiasan dalaman yang unik dan bersifat kewanitaan, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke H&M Home yang terletak di Avenue K, Kuala Lumpur. Ratusan pilihan cadar dan sarung kusyen menarik pastinya menanti anda.

5) Viva Home
85, Jalan Loke Yew,
Taman Miharja,
Kuala Lumpur
www.vivahome.com.my

Viva-Home

Jika Ikea merupakan gedung berjenama yang menawarkan ribuan barangan hiasan dalaman, Viva Home pula merupakan sebuah gedung beli-belah bertemakan hiasan dalaman! Dari perabot hingga ke langsir, pelbagai pilihan menarik menanti anda di sini.

Kredit gambar: TimeOut KL/ KeepMyPants/ Gorgeous Fitness/ iwannagohome Singapore

KONGSI
Artikel sebelumnyaApabila gelandangan membaca tweet yang menghina mereka
Artikel seterusnyaKasut tumit tinggi mempercepatkan proses penuaan
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS