Sensasi Sugu Pavithra

sugu pavithra pepatung

Pelbagai perkara dan kisah yang tular sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Akaun YouTube pasangan Sugu Pavithra antara yang menyerlah. Berkongsi video-video masakan santai tanpa suntingan profesional, tempoh PKP menjadi permulaan transformasi dapur rumah mereka sebagai sumber pendapatan.

Penulis: Alif Abu Bakar (alif_ashburn) | Jurugambar: Pinography (@pinography) | Juruvideo: Nabil Hussin (@nabilhussin) | Jurusolek: Razzi Musa (@razzimusa) | Penata Gaya: Zul Herizal (@holyblackrapunzel) | Pembantu Fotografi: Fazizi (@itsme_gigy) | Grafik: Omar Benjamin Fahmy (@sutramaya) | Pakaian: @bernardchandranofficial , @wanpaofficial , @Gayathiri Silk Sarees Palace & @rizmanruzaini | Aksesori: @alamkaara & @zulherizalstudio

MENDAPATKAN pasangan Sugu Pavithra sebagai Wajah Pepatung memang mencabar! Dalam tempoh singkat, kami berjaya mengatur satu sesi fotografi dan temu bual bersama mereka. Dari Kuala Lumpur, team Pepatung yang diwakili Pino sebagai jurugambar, Nabil Hussin (juruvideo), Razzi Musa (jurusolek),  Zul Herizal (penata gaya), Fazizi (pembantu fotografi) dan saya sendiri selaku penulis bermalam di Sungai Siput, Perak demi Sugu Pavithra.

Seawal 8 pagi, kami tiba di rumah mereka. Baru seminggu berpindah ke kediaman tersebut, Sugu memberitahu masih ada barangan di rumah lama belum diambil.

Sejak membuat keputusan berhenti kerja di estet, M. Sugu, 29, kini menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kandungan YouTube Sugu Pavithra. Daripada seorang pekerja ladang kelapa sawit yang melakukan kerja-kerja memotong buah kepada duo fenomena YouTube. Kehidupan mereka benar-benar berubah.

Lebih tiga tahun Sugu menyara keluarganya dengan membanting tulang di estet. Pendidikan pula terhenti setakat di tingkatan 2. Banyak pekerjaan pernah dibuat termasuk sebagai tukang cuci di Singapura.

Bapa kepada dua anak lelaki itu kini membantu merakam video aksi isterinya memasak. Ditanya perancangan akan datang selain perkongsian video di YouTube, Sugu realistik untuk menumpukan sepenuhnya terhadap YouTube. Perniagaan berasaskan makanan juga menjadi pertimbangan terdekat.

“Kami belum berminat untuk keluar TV. Bukan sombong tapi selesa dengan cara begini,” tegas Sugu.

Utama privasi

Isu penetapan harga sehingga RM10,000 untuk muncul di program TV yang tular baru-baru ini menjadi perbualan hangat netizen. Majoriti menyebelahi pendirian pasangan suami isteri ini. Mereka akui populariti yang diraih sekarang perlu dimanfaatkan sehabis baik. Bagaimanapun ada had yang enggan dilangkaui, terutama Sugu.

Sebagai ketua keluarga, Sugu mahu melindungi privasi famili. Liputan media berlebihan kurang disenangi meskipun kebanyakan tawaran yang datang bukan calang-calang. Program-program TV berlumba-lumba mahu menjemput mereka. Ia ditolak baik Sugu yang lebih mengutamakan kesederhanaan berbanding glamor.

Pendirian Sugu ketara selepas beberapa jam sesi fotografi dan temu bual Pepatung bersama mereka selesai. Foto di sebalik tabir yang dimuatnaik jurusolek dan penata gaya di laman Instagram peribadi masing-masing ditularkan netizen dalam tempoh yang singkat.

Belum pun menjelang petang, Sugu dihujani panggilan telefon daripada wartawan yang inginkan kepastian berhubung transformasi Pavithra yang ditatarias anggun. Semestinya situasi tersebut meresahkan Sugu yang tidak selesa dihubungi media tanpa henti.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Sugu menghubungi saya menuntut penjelasan. Jujur perbualan kami agak ‘panas’ dan sukar untuk kami saling bersetuju.

Bagaimanapun talian ditamatkan dengan profesional. Kami bertukar maaf. Tidak wajar untuk meluahkan marah kepada Sugu. Populariti kilat yang diraih bersama isteri adalah hal yang sungguh asing.

Seorang lelaki yang berhenti kerja di ladang kelapa sawit, telefonnya kini menerima panggilan tidak dikenali saban hari. Sugu layak untuk panik dan berasa kurang senang. Penerimaan dan kefahaman terhadap perhatian mega masyarakat terhadap dia dan isteri masih belum dicerna secara total.

Sugu ada sebab tersendiri untuk melindungi privasi Pavithra. Seorang suami yang hanya mahukan keselamatan isteri terjamin. Sebagai orang luar, memadai untuk kita mengagumi semangat mereka di layar YouTube.

Pavithra taat

Berbalik kepada waktu fotografi dan temu bual dijalankan, sambil berbual-bual dengan Sugu, wajah Pavithra mula disolek Razzi. Sugu mengerling ke arah Pavithra. Tersenyum Sugu dan mengusik Pavithra kelihatan seperti hantu Cina. Berderai tawa seisi rumah dan Sugu sempat mengingatkan kami hanya diberikan masa 3 jam untuk bergambar dan menemubual.

Boleh dilihat ketegasan Sugu dalam mengatur jadual mereka. Pavithra memberitahu pemikiran, penerimaan dan pemahaman mereka berbeza. Pavithra lebih terbuka dengan pelawaan daripada stesen-stesen TV dan liputan media. Dia faham semua itu dapat memberi manfaat kepada kerja mereka sekarang.

Penulis: Alif Abu Bakar (alif_ashburn) | Jurugambar: Pinography (@pinography) | Juruvideo: Nabil Hussin (@nabilhussin) | Jurusolek: Razzi Musa (@razzimusa) | Penata Gaya: Zul Herizal (@holyblackrapunzel) | Pembantu Fotografi: Fazizi (@itsme_gigy) | Grafik: Omar Benjamin Fahmy (@sutramaya) | Pakaian: @bernardchandranofficial , @wanpaofficial , @Gayathiri Silk Sarees Palace & @rizmanruzaini | Aksesori: @alamkaara & @zulherizalstudio

“Saya tak ada masalah untuk keluar TV, tetapi mestilah dengan keizinan suami. Buat masa sekarang dia masih tak benarkan. Jadi saya ikut sahaja yang terbaik. Kami pun masih baru dalam bidang ini. Banyak lagi perlu belajar,” lembut Pavithra menutur kata.

Ketika dipakaikan bulu mata palsu oleh Razzi, Pavithra sempat mencelah: “Seumur hidup ini adalah kali pertama saya pakai bulu mata palsu. Kali terakhir saya disolek pula adalah lapan tahun lepas ketika berkahwin.

“Dari dulu saya memang tak minat bermekap. Sebelum kahwin adalah pakai celak. Lepas ada anak memang tak mekap langsung. Keluar rumah pun kadang-kadang sahaja pakai bedak.”

Berbual dengan Pavithra memang menyenangkan. Penguasaan bahasa Melayu dia juga membanggakan. Ayat-ayatnya tersusun dan jawapan yang diberikan amat jujur.

Selain meminati subjek bahasa Melayu di bangku sekolah, Pavithra banyak mengasah kemahiran bahasa kebangsaan itu dengan menonton drama-drama Melayu di kaca TV. Jadi tidak hairan apabila ditanya siapakah artis berbangsa Melayu paling diminati, Pavithra lekas menyebut nama Fasha Sandha.

Mendengarkan sahaja jawapan Pavithra, saya terus meminta Pino untuk menyampaikan hal tersebut kepada Fasha. Tidak lama kemudian, Pino menghubungkan Pavithra dan Fasha menerusi satu panggilan video.

Terpancar kegembiraan Pavithra apabila dapat berbual singkat dengan artis kegemarannya.

Apa yang penonton lihat di YouTube, begitu juga dia di belakang kamera. Personaliti Pavithra yang dipuji-puji netizen memang layak untuknya. Begitupun dia masih merendah diri dan tidak ralat sekiranya kelak tidak lagi dikenali.

“Dulu kita miskin dan orang anggap kita akan selama-lamanya hidup susah. Bila senang sedikit, ada juga orang tak suka. Sindiran seperti sekarang lupa dirilah dan tak sabar tengok kejatuhan kami pun ada.

“Kami tak kisah pun kalau esok lusa tak lagi popular atau YouTube tak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya susah, jadi kalau susah semula tak akan mematahkan semangat,” luah Pavithra.

Selesai disolek dan berganti pakaian, Pavithra dibawa ke tepi padang yang terletak bersebelahan rumahnya. Di situ telah disiapkan ruangan khas untuk membidik foto-foto istimewa Pavithra.

Persalinan pertamanya ringkas dan kasual. Apabila berdiri sahaja di depan kamera, Pavithra tidak canggung. Arahan gaya diberikan Pino dijayakan Pavithra dengan cemerlang. Sangat mudah bekerja dengan Pavithra. Wajahnya juga fotogenik. Dengan waktu singkat yang ditetapkan, Pavithra memang memudahkan kerja kami.

Persalinan kedua pula Pavithra menyarungkan busana pereka prolifik negara yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Dato’ Bernard Chandran. Kali ini dia tampil lebih konfiden dan semakin selesa beraksi di depan kamera.

Penulis: Alif Abu Bakar (alif_ashburn) | Jurugambar: Pinography (@pinography) | Juruvideo: Nabil Hussin (@nabilhussin) | Jurusolek: Razzi Musa (@razzimusa) | Penata Gaya: Zul Herizal (@holyblackrapunzel) | Pembantu Fotografi: Fazizi (@itsme_gigy) | Grafik: Omar Benjamin Fahmy (@sutramaya) | Pakaian: @bernardchandranofficial , @wanpaofficial , @Gayathiri Silk Sarees Palace & @rizmanruzaini | Aksesori: @alamkaara & @zulherizalstudio

Wanpa juga antara pereka tempatan yang bersungguh-sungguh mahu menaja pakaian untuk Pavithra. Dres Wanpa yang digayakan Pavithra disiapkan perekanya, Ridzuan Ismail dalam tempoh 2 jam, sehari sebelum kami bertolak ke Sungai Siput.

Tidak ketinggalan, Rizman Ruzaini yang menaja busana rona putih elegan yang membuatkan Pavithra tampak mewah. Tidak lengkap penampilan Pavithra tanpa sari yang ditaja oleh Gayathiri Silk Sarees Palace.

Terima kritikan

Bercerita lebih lanjut, Pavithra mendedahkan sejak menjadi tumpuan masyarakat, dia menerima panggilan daripada saudara-mara dan rakan-rakan yang telah menghilang sejak bertahun-tahun. Semua disambut baik Pavithra tanpa prasangka.

Anak kedua daripada lima adik-beradik itu turut menyatakan keterujaan setiap kali membaca komen-komen membina di video-video YouTube-nya. Komen-komen yang mengkritik dan kasar juga diterima dengan hati terbuka.

Penulis: Alif Abu Bakar (alif_ashburn) | Jurugambar: Pinography (@pinography) | Juruvideo: Nabil Hussin (@nabilhussin) | Jurusolek: Razzi Musa (@razzimusa) | Penata Gaya: Zul Herizal (@holyblackrapunzel) | Pembantu Fotografi: Fazizi (@itsme_gigy) | Grafik: Omar Benjamin Fahmy (@sutramaya) | Pakaian: @bernardchandranofficial , @wanpaofficial , @Gayathiri Silk Sarees Palace & @rizmanruzaini | Aksesori: @alamkaara & @zulherizalstudio

Di awal pembabitan sebagai YouTuber, Pavithra mengakui terkesan dengan komen-komen negatif netizen. Terngiang-ngiang sehingga terbawa-bawa dalam tidur. Susah untuk melelapkan mata dan tidak dapat menerima kata-kata kesat yang ditinggalkan segelintir individu.

Cabaran sebegitu menguatkan tekad Pavithra untuk menghasilkan video-video yang lebih baik. Hampir setiap hari Pavithra dan suami akan menyediakan sekurang-kurangnya satu video. Idea resipi kebiasaannya berdasarkan perkongsian dengan ibu mentua dan daripada video-video YouTuber lain.

Keunikan video Pavithra adalah apa yang dimasak dan ditunjukkan kepada penonton adalah percubaan kali pertama. Setakat ini semua masakan yang dihasilkan menjadi, cuma rasa sahaja yang adakalanya kurang menepati selera.

“Tapi rasa pedas, masin, manis, masam itu semua kita boleh betulkan. Penonton pun boleh sesuaikan ikut cita rasa masing-masing,” tambah Pavithra.

Seperti kebanyakan wanita lain, skil memasak Pavithra hanya benar-benar diperhebatkan selepas mendirikan rumah tangga. Sebelum itu, dia sekadar memasak juadah ringkas seperti telur goreng dan sardin.

Apabila bersuami pada umur 21, Pavithra banyak belajar memasak dengan ibu mentua. Dalam tempoh lapan tahun, siapa sangka dengan video masakan, dia menjadi popular.

Pendapatan pertama yang diperolehi daripada YouTube dibelanjakan dengan membeli pakaian baru untuk anak-anak, barang-barang keperluan rumah dan bahan-bahan masakan yang selama ini sangat jarang dibeli seperti udang dan sotong.

Pasangan suami isteri ini juga merancang membeli rumah dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.

Previous Pengakhiran sederhana X-Men: Dark Phoenix
Next “Saya bukan penyanyi yang bagus.” - Wany Hasrita

14 Comments

  1. […] it looks like the wait for the final product is over as Pepatung has officially released Pavithra’s modelling pictures and needless to say, she is absolutely slaying […]

  2. […] These pictures were part of a photoshoot for Pavithra’s interview with Pepatung magazine. To read her full interview, click here. […]

  3. […] Turns out, this photoshoot by Pinography was for a story feature by Pepatung regarding Pavithra and her shot to fame. […]

  4. […] out, you’d think Pravithra’s been modelling for ages! But, as it turns out, she tells Pepatung that this is the first time in 8 years that she’s put on a full face of […]

  5. eddie
    June 23, 2020
    Reply

    After this I’m sure a lot of people now about this magazine PEPATUNG including me.

  6. eddiemaidi
    June 23, 2020
    Reply

    After this I’m sure a lot of people now about this magazine PEPATUNG including me.

  7. […] sebuah wawancara bersama majalah Pepatung, Sugu tidak menafikan bahawa dia berasa sedikit tidak selesa apabila kerap menerima panggilan […]

  8. […] S. Pavithra di sebuah portal lifestyle Pepatung yang meluahkan rasa teruja dapat berborak menerusi panggilan video dengan selebriti kegemarannya […]

  9. […] S. Pavithra di sebuah portal lifestyle Pepatung yang meluahkan rasa teruja dapat berborak menerusi panggilan video dengan selebriti kegemarannya […]

  10. […] For those interested, feel free to read the full heart-to-heart interview session with Sugu and Pavithra here. […]

  11. […] For those interested, feel free to read the full heart-to-heart interview session with Sugu and Pavithra here. […]

  12. Charjit Kaur
    June 25, 2020
    Reply

    she absolutely is the winner for natural beauty hidden very well. it gives everyone a wake up call. all can be beautiful in their own ways.

  13. […] she will not be doing any more modelling shoots after images of her photoshoot for lifestyle portal Pepatung went viral earlier this […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *