Hiburan

Pengakhiran sederhana X-Men: Dark Phoenix
TEMPOH hampir 20 tahun penerbitan francais filem X-Men di bawah rumah produksi Fox telah memberi seribu satu memori kepada pemujanya. Bermula dengan filem perdana, X-Men yang ditayangkan pada 14 Julai 2000, watak-watak adiwira mutan seperti Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman, Storm (Halle Berry), Cyclops (James Marsden) dan Jean Grey (Famke Janssen) membekas dengan cemerlang …

Tuah ‘Madu Ajaib Turki’ – Aeril Zafrel & Wawa Zainal bakal timang cahaya mata ketiga
PADA pertengahan April lalu, pasangan suami isteri selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkongsi berita gembira menerusi laman sosial Instagram masing-masing. Wawa menerusi satu video pendek yang dimuat naik di laman Instagram @w4w4_zainal secara rasmi menyampaikan berita kehamilannya kepada Aeril. Selepas empat tahun mencuba, Aeril dan Wawa tidak menjangka rezeki cahaya mata ketiga hadir selepas mengamalkan …

Ranking 10 lagu raya terhebat Siti Nurhaliza
SELAIN lagu raya klasik, lagu-lagu dendangan Dato Seri Siti Nurhaliza menjadi antara karya Aidilfitri yang malar segar. Menjelang Syawal, pasti lagu-lagu beliau menjadi pilihan ramai. Sempena meraikan semangat Syawal, Pepatung senaraikan lagu raya Siti mengikut pilihan kegemaran kami. 1) Nazam Lebaran 2) Sesuci Lebaran 3) Anugerah Aidilfitri 4) Air Mata Syawal 5) Meriah Suasana Hari Raya 6) Bila …

Penjenamaan semula Shawn Mendes
JIKA dilihat pada struktur kejayaan kariernya, Shawn Mendes boleh dikatakan agak bertuah. Bermula hanya dengan memuat naik video nyanyian pendek di Vine (yang kini telah ditamatkan perkhidmatannya) ketika berusia 14 tahun, Mendes kemudian ditawarkan kontrak untuk merakam album oleh label muzik popular, Island. Dan sewaktu usianya 16 tahun iaitu pada 2015, Mendes muncul dengan album …

Skala sederhana SimetriSiti
SUKARNYA menjadi Dato Siti Nurhaliza, setiap produk muzik yang dikeluarkan akan dinilai dan dikritik ribuan orang. Istimewanya juga menjadi Siti, setiap produk muzik yang diluncurkan pasti disambut peminat dengan hati terbuka. Album Siti sentiasa berhasil mencatatkan jualan memberangsangkan, biarpun ketika industri merentasi fasa kesuraman penerbitan album penuh. Siti konsisten menghasilkan album studio penuh. Tahun ini …