Tuah ‘Madu Ajaib Turki’ – Aeril Zafrel & Wawa Zainal bakal timang cahaya mata ketiga


PADA pertengahan April lalu, pasangan suami isteri selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkongsi berita gembira menerusi laman sosial Instagram masing-masing. Wawa menerusi satu video pendek yang dimuat naik di laman Instagram @w4w4_zainal secara rasmi menyampaikan berita kehamilannya kepada Aeril.

Selepas empat tahun mencuba, Aeril dan Wawa tidak menjangka rezeki cahaya mata ketiga hadir selepas mengamalkan pengambilan Madu Ajaib Turki. Bermula dengan Aeril sejak enam bulan lalu diikuti Wawa, selepas dua bulan mengamalkan madu tersebut, Wawa bersyukur apabila disahkan hamil.

“Kami memang merancang untuk anak ketiga beberapa tahun lalu cuma tiada rezeki. Madu ini merupakan alternatif pertama kami sebab sebelum ini memang tidak pernah terlintas untuk mencuba apa-apa produk atau saranan orang ramai bagi membantu meningkatkan potensi untuk hamil.

“Alhamdulillah selepas beberapa bulan mengamalkan madu ini secara konsisten, kami dikurniakan anugerah cahaya mata ketiga,”kongsi Wawa pada majlis pelancaran Madu Ajaib Turki di Avenue Garden Hotel, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Keberkesanan madu tersebut mendorong Aeril dan Wawa untuk berkongsi manfaatnya kepada orang ramai. Sepanjang mengamalkan memakan madu tersebut, mereka mendapati ia adalah madu istimewa yang amat berbeza dengan madu sedia ada dalam pasaran.

“Ia bukan madu biasa sebab ia sangat bagus dalam mengekalkan tenaga harian dan tentunya mengeratkan hubungan intim suami isteri. Kita tahu rezeki anak ini kurniaan Allah dan sebagai manusia, kita juga digalakkan untuk berusaha. Madu ini antara alternatif yang saya syorkan,” ujar Aeril yang memasarkan madu tersebut di bawah syarikat Soullead Marketing bersama-sama isterinya.

Selepas mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun, Aeril dan Wawa dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakharuddin attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. Madu Ajaib Turki di bawah Soullead merupakan cabang bisnes keempat Aeril dan Wawa. Tahun lalu, mereka melancarkan jenama kosmetik Wawa Cosmetics.

Aeril kini masih bergiat aktif dengan kerjaya seni sebagai pelakon tetapi dihadkan mengikut kesesuaian watak yang ditawarkan. Sementara itu, Wawa lebih selesa menumpukan perhatian terhadap keluarga dan perniagaan. Perancangan jangka panjang mereka adalah untuk membawa perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Previous Memilih syampu mengikut jenis rambut dan produk
Next Merealisasikan potluck wedding

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *