Takhta Ratu Etnik Noraniza Idris


MOMEN Noraniza Idris diusung di atas tandu dibawa masuk ke atas pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 1998 masih segar dalam ingatan. Ketika itu saya berumur 10 tahun. Bila bermulanya persembahan lagu Dikir Puteri, saya terpesona. Ibarat menyaksikan keraian warna-warni yang gemilang.

Sejak itu, kemunculan Noraniza Idris di pentas AJL ditunggu-tunggu. Dulu penonton menggelarnya ‘artis bawa rombongan satu bas dan sekampung’ untuk penuhkan pentas. Berbaur sindiran tetapi jadi kebiasaan dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan untuk mengelaskan Noraniza Idris sebegitu.

TEKS: Alif Ashburn (@alif_ashburn) | FOTO: Pinography (@pinography) | GRAFIK: Omar Benjamin Fahmy (@sutramaya) | SOLEKAN: Ary Muzamer (@arymuzamer) | PEMBANTU: Gigy (@itsmegigy) | PENATA RIAS (HIJAB): Saidatul Amin (@saidatulamin) | PAKAIAN: COS (@cosstores) , Wanpa (@wanpaofficial) , Shawl Publika (@shawlpublika) | AKSESORI: Salleh Hamid (@sallehhamid) , Alam Kaara (@alamkaara) , Les Georgettes (@lesgeorgettes_byaltesse) | HIJAB: Ravaka Scarf

Kemunculan Noraniza Idris di AJL kali pertama adalah menerusi lagu Awallah Dondang (1997). Setiap tahun beliau memeriahkan pertandingan anjuran TV3 itu dengan persembahan-persembahan hebat. Dondang Dendang, Hati Kama, Tinting, Ngajat Tampi, Hala Timur, Tandang Bermadah, Hatinya Tak Tahan dan Ayuh! Juragan merupakan karya bergenre Irama Malaysia & Etnik Kreatif yang pernah menghiburkan penonton di AJL.

Selepas beberapa tahun, genre muzik yang diperjuangkan Noraniza Idris mulai suram. Tiada lagi kelibatnya di AJL dan acara-acara anugerah berprestij negara. Industri hiburan ketandusan bakat baru yang mempunyai potensi besar untuk meneruskan legasi Noraniza Idris.

Sekarang masyarakat kembali merindui genre tersebut. Nama Noraniza Idris kembali disebut-sebut. Masyarakat mula mengimbau kenangan zaman kegemilangan muzik Irama Malaysia & Etnik Kreatif. Pentas AJL dianggap ‘hilang seri’ tanpa ‘penari satu bas’ Noraniza Idris.

Perjuangan beliau yang pernah diperlekeh dahulu kini difahami masyarakat. Ia adalah pelaburan jangka panjang Noraniza Idris. Mereka yang membesar dengan muzik Noraniza Idris seperti saya merupakan bukti bahawa pendedahan sejak kecil akan memberikan impak yang besar sehingga dewasa.

“Saya menyanyi bukan sekadar mahu menghiburkan tetapi untuk mendidik. Menerusi muzik Irama Malaysia dan Etnik kreatif, saya kongsikan ilmu pengetahuan tentang budaya dan memupuk semangat cintakan bangsa, agama dan negara.

“Perjalanan saya jauh kerana memilih untuk melibatkan diri 100% terhadap setiap karya yang dihasilkan. Untuk menyampaikan lagu-lagu tradisional, saya mesti mengenal dan memahami apa yang saya sampaikan.

TEKS: Alif Ashburn (@alif_ashburn) | FOTO: Pinography (@pinography) | GRAFIK: Omar Benjamin Fahmy (@sutramaya) | SOLEKAN: Ary Muzamer (@arymuzamer) | PEMBANTU: Gigy (@itsmegigy) | PENATA RIAS (HIJAB): Saidatul Amin (@saidatulamin) | PAKAIAN: COS (@cosstores) , Wanpa (@wanpaofficial) , Shawl Publika (@shawlpublika) | AKSESORI: Salleh Hamid (@sallehhamid) , Alam Kaara (@alamkaara) , Les Georgettes (@lesgeorgettes_byaltesse) | HIJAB: Ravaka Scarf

“Lagu yang mengetengahkan bahasa Orang Asli misalnya, saya duduk dengan komuniti mereka, mengenal dan belajar adat resam serta kehidupan seharian mereka.

“Ia proses yang panjang tetapi saya yakin karya yang terhasil itu akan menjadi rujukan ilmu bermanfaat sampai bila-bila,” kongsi Noraniza Idris yang mesra dipanggil Kak Ani ketika ditemubual penulis Pepatung, Iskandar Al-Haziq.

Gegar Vaganza 7

Barangkali ramai tidak tahu sebelum album Ala Dondang (1997), Noraniza Idris pernah muncul dengan enam album studio (solo) sebelumnya. Album pertama, Kaparinyo (1986) dan kedua, Nostalgia Malindo (1987) menyaksikan Noraniza Idris merakam semula (saduran) lagu-lagu klasik sehingga diberi julukan ‘Ratu Ciplak’.

Hanya dengan album ketiga, Mengemis Rindu (1987), Noraniza Idris mula merakam dan menyanyikan lagu-lagu sendiri. Inginku Sandarkan Harapan (1988) antara karya nyanyian balada beliau yang diingati. Bahkan lagu tersebut dirakam semula Hetty Koes Endang pada awal 1990an.

“Saya masih ingat ketika rakaman lagu Inginku Sandarkan Harapan dulu. Terus terang saya katakan lagu bergenre selain Irama Malaysia dan Etnik Kreatif memang saya tidak minat untuk nyanyikan.

TEKS: Alif Ashburn (@alif_ashburn) | FOTO: Pinography (@pinography) | GRAFIK: Omar Benjamin Fahmy (@sutramaya) | SOLEKAN: Ary Muzamer (@arymuzamer) | PEMBANTU: Gigy (@itsmegigy) | PENATA RIAS (HIJAB): Saidatul Amin (@saidatulamin) | PAKAIAN: COS (@cosstores) , Wanpa (@wanpaofficial) , Shawl Publika (@shawlpublika) | AKSESORI: Salleh Hamid (@sallehhamid) , Alam Kaara (@alamkaara) , Les Georgettes (@lesgeorgettes_byaltesse) | HIJAB: Ravaka Scarf

“Walaupun mempunyai pengalaman merakam lagu-lagu balada tetapi jiwa saya sebati dengan genre Irama Malaysia dan Etnik Kreatif. Jadi bila kelak saya perlu menyanyi lagu-lagu bergenre lain di Gegar Vaganza, ia satu cabaran besar.

“Selepas menolak pelawaan menyertai Gegar Vaganza sejak 2016, tahun ini dengan izin suami dan pengurusan meyakinkan oleh MindOrder, saya bersetuju. Gegar Vaganza akan dijadikan platform untuk saya membawa muzik Irama Malaysia dan Etnik Kreatif keluar dari kepompong,” jelas Noraniza Idris yang merupakan antara 14 peserta Gegar Vaganza 7 (GV7).

Ratu Irama Malaysia itu turut menambah, perancangan konsert Irama Malaysia yang sepatutnya berlangsung tahun ini ditangguhkan ke tahun depan ekoran situasi semasa akibat COVID-19 yang melanda dunia.

Ernie Zakri & Wany Hasrita

Mengulas tentang prospek pelapis baru khusus dalam genre Irama Malaysia & Etnik Kreatif, Noraniza Idris menamakan Ernie Zakri sebagai bakat besar untuk menjadi penggerak besar dalam menaikkan semula irama tradisional.

Kelunakan dan kemerduan vokal Ernie dirasakan amat sesuai menyampaikan lagu-lagu bercorak demikian. Begitu juga Wany Hasrita yang berjaya meraih sambutan luar biasa dengan lagu Canggung. Jika kedua-dua penyanyi ini muncul dengan lagu-lagu berentak tradisional, tidak mustahil Irama Malaysia & Etnik Kreatif akan kembali bernyawa.

TEKS: Alif Ashburn (@alif_ashburn) | FOTO: Pinography (@pinography) | GRAFIK: Omar Benjamin Fahmy (@sutramaya) | SOLEKAN: Ary Muzamer (@arymuzamer) | PEMBANTU: Gigy (@itsmegigy) | PENATA RIAS (HIJAB): Saidatul Amin (@saidatulamin) | PAKAIAN: COS (@cosstores) , Wanpa (@wanpaofficial) , Shawl Publika (@shawlpublika) | AKSESORI: Salleh Hamid (@sallehhamid) , Alam Kaara (@alamkaara) , Les Georgettes (@lesgeorgettes_byaltesse) | HIJAB: Ravaka Scarf

Selain itu, selepas lebih tiga dekad menjadi anak seni, Noraniza Idris juga sudah lali dengan perbandingan peminat antara beliau dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Perbandingan yang tidak pernah berpenghujung itu dianggap sebagai satu perkara yang baik.

“Bila orang banding-bandingkan, saya anggap ia hal yang positif. Setiap penyanyi ada cara dan pembawaan tersendiri. Dato’ Siti ada caranya sendiri. Begitu juga saya dan penyayi lain,” luah Noraniza Idris tenang.

Jangan lupa untuk menyaksikan Noraniza Idris di pentas GV7 bermula malam ini di saluran Astro Ria.

Previous “Pendakwah pun manusia biasa yang melakukan kesilapan." - Haris Ismail
Next Rezeki 7 Tahun Chazynash jadi influencer

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *