Pornhub mungkin beli Tumblr, rancang perkenal semula kandungan porno


SEKITAR penghujung 2018, Tumblr mengumumkan untuk menapis semua kandungan porno dan lucah yang ada di platform tersebut. Pengumuman berkenaan menerima sambutan yang sangat hambar dengan lebih 600,000 pengguna menandatangani petisyen supaya Tumblr tidak meneruskan proses penapisan.

Hampir enam bulan melarang pengguna untuk memuat naik kandungan berunsur lucah, Tumblr dikatakan kehilangan suku daripada jumlah pengguna dan menyebabkan pemiliknya, Verizon Media Group menyatakan hasrat untuk menjual platform itu.

Menariknya, laman web porno terkenal, PornHub melahirkan hasrat untuk membeli dan merancang mengembalikan kebebasan berkongsi bahan-bahan lucah.

Sungguhpun berhasrat untuk menjual, Verizon masih belum memutuskan syarikat mana yang akan membeli Tumblr.

Sumber: MIC

Previous Merealisasikan potluck wedding
Next Nilai Maaf Bella Astillah

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *