Pengakhiran sederhana X-Men: Dark Phoenix


TEMPOH hampir 20 tahun penerbitan francais filem X-Men di bawah rumah produksi Fox telah memberi seribu satu memori kepada pemujanya. Bermula dengan filem perdana, X-Men yang ditayangkan pada 14 Julai 2000, watak-watak adiwira mutan seperti Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman, Storm (Halle Berry), Cyclops (James Marsden) dan Jean Grey (Famke Janssen) membekas dengan cemerlang dalam jiwa penonton

Walaupun plot, para pelakon dan latar masa diubah semenjak X-Men: First Class, namun, watak-watak hakiki masih dikekalkan sebagai tulang belakang penceritaan. Selepas tiga filem yang melibatkan rekrut baharu X-Men (First Class, Days Of Future Past dan Apocalypse) menemui penonton, kini tiba giliran X-Men: Dark Phoenix ditayangkan di pawagam.

Merupakan filem X-Men terakhir selepas hak penerbitannya dibeli oleh Disney sekitar Mac lalu, naskhah arahan Simon Kinberg ini tidaklah ‘sesempurna’ yang diharapkan. Boleh disifatkan sebagai filem sederhana (yang tidak mungkin mencapai nilai respons positif oleh filem Avangers: Endgame baru-baru ini), Dark Phoenix dibikin untuk berada dalam kelasnya tersendiri.

Filem dimulakan dengan pasukan X-Men yang diberi tugas untuk menyelamatkan sekumpulan angkasawan yang terperangkap dalam kapal angkasa mereka, Jean Grey (Sophie Turner) menghadapi kemalangan dan menyerap kuasa luar biasa daripada pancara solar.

Sejak insiden tersebut, Jean mengalami perubahan luar biasa dan kuasanya bertambah kuat berpuluh kali ganda. Ahli X-Men yang lain cuba menyelematkan Jean, namun, makhluk asing bernama Vuk (Jessica Chastain) dalam masa yang sama cuba untuk mendapatkan kuasa yang diserap oleh Jean.

Konflik tercetus apabila kerajaan Amerika Syarikat (AS) turun memburu mutan-mutan yang lain dan Jean perlu diselamatkan daripada terus dirasuk oleh kuasa berkenaan.

Secara keseluruhan, ramai yang menyifatkan Dark Phoenix dibikin mirip X-Men: The Last Stand. Namun, persamaan tersebut tidak ketara memandangkan proses perubahan Jean Grey kepada Dark Phoenix adalah berbeza. Cuma, Sophie tidak cukup kuat untuk membawakan watak Jean kerana watak tersebut dibawa dengan cemerlang oleh Famke suatu ketika dahulu.

Laman web ulasan filem Rotten Tomatoes memberikan jumlah rating hanya 22 peratus kepada filem ini. Namun, secara peribadi, Dark Phoenix tidak terlalu ‘busuk’ dan masih mempunya momen-momen yang bakal diingati.

Ya, seperti filem-filem terdahulu, Magneto (Michael Fassbender) masih mencuri perhatian dengan menerbangkan objek-objek besar. Selepas jambatan Golden Gate, sauh kapal dan stadium, kali ini, Magneto mengangkat kereta api bawah tanah menembusi jalan raya di New York. Impressive!

The Breakdown

Sederhana 68%
Previous Nilai Maaf Bella Astillah
This is the most recent story.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *