Posts in category

Wajah Pepatung


Angin Tenang Khalid Jamlus

Read More

“Saya bukan penyanyi yang bagus.” – Wany Hasrita

Read More

Sensasi Sugu Pavithra

Read More

MEMBINA nama selepas menyertai rancangan dakwah Islamik, Pencetus Ummah (PU) musim keempat pada tahun 2016,  sejak itu dia tidak lagi mahu menoleh kebelakang. Popular sebagai PU Rizz sebelum ini, Haris kini tekad mahu dikenali sebagai dirinya sendiri tanpa lencana ‘PU’ di hadapan. Edisi Aidiladha ini, Pepatung membawakan persona baharu Haris Ismail, menyingkap ijtihad dakwahnya melalui …

NAMA Khalid Jamlus meledak pantas susulan lelongan barangan-barangan peribadi termasuk kasut emas yang dimenangi pada Liga Perdana 2002. Simpati diluahkan masyarakat kepada legenda bola sepak kebangsaan ini. Sejurus pertemuan bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, Khalid dihujani pelbagai soalan daripada media. Mencuri perhatian apabila jawapan selamba dilontarkan Khalid kepada …

Menjadi penyanyi profesional sejak 2016, tahun ini menjadi tahun keempat Wany Hasrita menempa nama sebagai anak seni. Edisi kali ini, Pepatung berhajat untuk melayari retrospektif karier Wany Hasrita. Mengenang saatnya menguntum, lantas mekar mewangi seharum namanya di persada seni negara. FOTO: PINOGRAPHY (@PINOGRAPHY) | VIDEO: NABIL HUSSIN (@NABILHUSSIN) | TEKS: ISKANDAR AL-HAZIQ (@ISKANDARALHAZIQ) | PEMBANTU …

Pelbagai perkara dan kisah yang tular sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Akaun YouTube pasangan Sugu Pavithra antara yang menyerlah. Berkongsi video-video masakan santai tanpa suntingan profesional, tempoh PKP menjadi permulaan transformasi dapur rumah mereka sebagai sumber pendapatan. Penulis: Alif Abu Bakar (alif_ashburn) | Jurugambar: Pinography (@pinography) | Juruvideo: Nabil Hussin (@nabilhussin) | Jurusolek: …

ORANGNYA kecil sahaja. Hadir ke studio Pinography, Shah Alam, Selangor ditemani ibunya. Sambil wajahnya disolek Jibs Salim, wanita yang meraih simpati jutaan rakyat Malaysia susulan perceraian dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz itu tenang membalas mesej-mesej di telefon. Sibuk sungguh Bella Astillah sekarang. Setiap hari jadual padat dengan penggambaran dan fotografi. “Rezeki anak. Dah lama …

SENI itu bukan medan persaingan. Tiada perlumbaan beradu kehebatan. Tujuan penggiat seni sejati adalah menawan perasaan, menyentuh inti jantung dan membekas dalam kehidupan manusia. Seni yang disampaikan secara semula jadi akan melahirkan kejujuran dalam karya. Bagaikan ada roh yang ditiup dalam karya tersebut. Kerana itu kita dapat merasai kehidupan setiap kali mendengar karya-karya Tulus. Pejuang muzik …

GELARAN Puteri Reformasi dikalungkan kepada wanita ini pada usianya 18 tahun. Kobar semangatnya memperjuangkan keadilan ke atas bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ketika itu menjadi antara fokus bual politik yang hangat. Selepas 19 tahun bergerak aktif dalam politik, Nurul Izzah Anwar, 37, merentasi transformasi kematangan kepimpinan yang luar biasa. Meraih kepercayaan rakyat sebagai Ahli Parlimen …

PERSEKITARAN fotografi amat asing kepada Thanabalan Nadarajah (N. Thanabalan). Bermula dengan solekan, yang sesekali disulami pertanyaan fungsi alat-alat solek yang dioles pada wajahnya. FOTO: PINOGRAPHY | TEKS: ALIF ABU BAKAR | GRAFIK: OMAR BENJAMIN FAHMY | SOLEKAN: ARY MUZAMER | PENATA GAYA: KARL SHAFEK IBRAHIM | PAKAIAN: PUMA / UNIQLO / NEONATE CLOTHING Itu kali …

BERBUAL dengan Wan Maimunah Abdul Aziz ibarat bercerita dengan ibu sendiri. Sebagaimana selesanya beliau menggelar diri sebagai ibu, demikianlah keselesaan yang tercipta antara kami, warga kerja Pepatung ketika menjalankan sesi fotografi dan temu bual bersamanya di The Settlement Hotel, Melaka. FOTO: PINOGRAPHY (@pinography) | TEKS: ALIF ABU BAKAR (@alif_ashburn) | SOLEKAN: SOFIA YANTIE (@makeupbysofiayantie) | …

FAUZIAH NAWI diibaratkan sebagai cerminan ibu anak-anak di Malaysia. Lakonannya yang bernyawa menjadi peringatan untuk diadaptasi dalam kehidupan realiti. Demikianlah impak lakonan hebat kepada masyarakat. Ia bukan sekadar bertujuan untuk menghiburkan. Namun mesti menjentik emosi terdalam, sekali gus mempengaruhi pemikiran dan perubahan penonton. Watak Fauziah dalam telemovie Kembalikan Syawalku sebagai Aishah (Mak Chah) yang bersiaran pada malam hari …