Wajah Pepatung

Prinsip Privasi Syarul Ridzwan

By  | 

MEMETIK ungkapan pemegang watak Hermione Granger dalam siri filem Harry Potter, Emma Watson: “The less you reveal the more people can wonder.” Ironinya ia adalah prinsip Watson berhubung imej seksi yang tidak pernah mempengaruhi minatnya.

Syarul03FOTO: PINOGRAPHY (@pinographyofficial) | TEKS: ALIF ABU BAKAR (@alif_ashburn) | GRAFIK: OMAR BENJAMIN FAHMY (@sutramaya) | SOLEKAN: SHAHNAZ BAHAR (@facekraft) | PAKAIAN: PINOPANDA (@pinopandamy), ADRIANNA YARIQA (@adriannayariqa), FENDI, H&M & ZARA | LOKASI: THERANDOMFLIXER STUDIO (@therandomflixerstudio)

Perspektif itu pula diadaptasi Syarul Ridzwan berhitung perihal peribadi. Kekasih mahupun status percintaan adalah sesuatu yang kurang senang dikongsi secara terbuka jejaka berusia 26 tahun ini.

“Empat tahun lalu tiada langsung gosip peribadi dan sekarang apabila orang mula mengorek cerita-cerita cinta, pendirian saya tetap serupa; tidak perlu diulas,” lenturnya tegas.

Syarul atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim menepis dakwaan tentang kedinginan persahabatannya dengan seorang pelakon wanita yang didakwa menjalin percintaan dengannya usai digandingkan dalam sebuah drama episod popular.

“Saya single malah sejak bergelar pelakon saya single. Status itu tidak akan berubah selagi saya belum mendirikan rumah tangga. Jika ada yang bergelar insan istimewa sekalipun tidak layak untuk menggelarnya sebagai milik atau kepunyaan saya kerana tanggungannya masih di bawah ibu bapa,” tambah Syarul.

Syarul01

Pelakon dari sudut pandang Syarul seharusnya dinilai masyarakat berdasarkan mutu kerja, bukan gosip peribadi yang banyak membunuh karier berbanding menaikkan nama. Jangan disalah erti terma artis milik masyarakat sehinggakan setiap hal perlu dijaja demi menghangatkan industri hiburan.

“Artis hanya milik masyarakat apabila mereka berkarya. Begitu juga saya, penonton berhak ke atas Syarul yang berlakon tetapi Syarul yang sebenar dan cerita peribadi hanya eksklusif untuk keluarga saya,” jelas Syarul yang mengangkat Datuk Rosyam Nor sebagai ikon yang ketara dijulang masyarakat berteraskan kehebatan lakonan, jauh sekali melibatkan perihal peribadi.

Maka apabila timbul isu mengatakan Syarul enggan bersentuhan dengan pelakon wanita bukan muhrim, dia sekali lagi menjadi tumpuan. Kontroversi tidak sengaja itu tercipta ketika dia menjalani penggambaran drama Kau Aku Kita yang kini sedang bersiaran di slot Lestary TV3.

Menafi tidak, mengiakan pun tidak. Keputusan itu biarlah dinilai sendiri penonton berdasarkan pembawaan watak di dalam setiap lakonannya. Jika diulas berlebihan bimbang akan menghadirkan cerita kurang enak baharu sehingga melarat.

Teater

Menyentuh perkembangan karier Syarul, Oktober lalu dia berjaya melangsaikan tanggungjawab besar di atas pentas teater. Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk yang berlayar selama tujuh hari di Panggung Sari, Istana Budaya meninggalkan variasi pengalaman kepada Syarul.

SyarulFea

Penglibatan sulungnya dalam teater itu memberikan keseimbangan komen positif dan negatif. Percubaan pertama itu masih menampakkan gugup Syarul membawakan watak Muluk, memberi bayangan bahawa kurangnya persediaan untuk beraksi di atas pentas.

Kebiasaan penonton melihatnya di kaca TV juga menyukarkan Syarul mengubah pembawaan diri untuk dipersembahkan di hadapan penonton secara langsung.

“Ketika penggambaran drama, kesilapan boleh diperbetulkan dengan merakam semula aksi baharu. Teater tidak memberikan peluang sebegitu. Pelakon perlu beraksi sesempurna yang boleh dan kena bijak mengaburi kesilapan yang tidak disengajakan.

“Saya bermula dengan naskhah teater yang berat. Semestinya berpuas hati 100% itu mustahil. Setiap hari saya berusaha memperbaiki mutu persembahan dan InsyaAllah ia akan lebih lancar di masa hadapan,” kongsi Syarul yang telahpun dilamar seorang pengarah untuk menjayakan sebuah lagi teater pada tahun depan.

Syarul02

Pengembangan kerjaya Syarul banyak menaikkan namanya. Populariti juga hadir tepat pada masanya. Menjadi kegilaan penonton terutamanya golongan wanita sedikitpun tidak mengundang angkuh pelakon ini, malah sikap bersahaja dan tenang tetap menjadi perwatakan jujur Syarul.

Mengadaptasi populariti baginya adalah satu bebanan. Kini lebih ramai orang memberi perhatian terhadap lakonannya. Maka ekspektasi penonton juga secara automatiknya menjangkau paras lebih tinggi.

“Bebanan itu merujuk kepada pemberian ekstra dalam mutu lakonan. Sememangnya semua orang mengejar kesempurnaan tetapi itu mustahil. Menjadi lebih baik itu kedengaran lebih realistik,” tutur Syarul.

Bedak sejuk

Sedang berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan, Syarul telah muncul dengan produk kecantikan untuk wanita dan lelaki. Bedak sejuk di bawah jenama AISA Mask itu baru dua bulan menjengah pasaran dan kini sedang merekrut ejen-ejen jualan.

Syarul04

Bakal dilancarkan tahun depan, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk ini bolehlah berkunjung ke laman instagram @aisa_mask atau menghubungi hotline (WhatsApp) di talian 012-444 1008.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *