BTS gegarkan Billboard Music Awards 2018

0
91

MEMPERSEMBAHKAN single terbaharu mereka, Fake Love, kumpulan dari Korea Selatan, BTS menjadi kumpulan K-Pop pertama yang dijemput untuk menjayakan persembahan secara langsung menerusi Billboard Music Awards 2018.

Diadakan di MGM Grand Arena di Las Vegas, Amerika Syarikat, BTS turut dicalonkan sebagai penerima bagi anugerah Top Social Artist. Mereka menerima anugerah tersebut lebih awal iaitu pada sebelah petang, sebelum majlis anugerah bermula.

Tahun lalu, mereka juga dijemput untuk menghadiri Billboard Music Awards 2017 dan turut memenangi anugerah bagi kategori sama. Tahniah BTS!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini