Semasa

Yang menarik tentang perdana menteri kacak, Justin Trudeau

By  | 

TIDAK dinafikan, sejak kebelakangan ini, nama Justin Trudeau menjadi buah mulut penduduk dunia selepas beliau terpilih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Kanada.

Selain memiliki rupa paras yang kacak, pemilihan Trudeau disifatkan sebagai kejutan memandangkan beliau bukan calon pilihan.

Berbanding dua pencabarnya, Trudeau dikatakan terlalu muda dan tidak punya pengalaman yang cukup.

Begitupun, ia disambut baik penduduk Kanada khususnya yang menyifatkan Trudeau, yang mengetuai Parti Liberti, bakal membawa angin perubahan dalam persekitaran politik negara itu yang sebelum ini dikuasai oleh Parti Konservatif Kanada.

Memetik laporan Awani, mari kita lihat beberapa fakta menarik tentang Trudeau.

1. Baru berusia 43 tahun dan antara Perdana Menteri paling muda dalam sejarah Kanada.

2. Merupakan anak sulung bekas Perdana Menteri Kanada yang ke-15, Pierre-Elliot Trudeau.

3. Memiliki dua ijazah: Ijazah Sarjana Muda Sastera dari McGill University dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of British Columbia.

4. Pernah bertugas sebagai guru Matematik dan bahasa Perancis.

5. Justin Bieber who?

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *