MAHKAMAH Majistret Ampang telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Jamal atas kesalahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

“Polis telah memberi masa yang secukupnya kepada Jamal untuk tampil menyerah diri dan memberikan kerjasama dalam membantu siasatan.

“Namun, beliau gagal selain mengeluarkan kenyataan yang cuba menggambarkan bahawa keselamatan diri beliau terancam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, Mohamad Fuzi meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat kedudukan Jamal kepada mana-mana balai polis berdekatan. – Astro Awani

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini