Semasa

Wanita lebih cepat matang berbanding lelaki

By  | 

MENJADI matang itu mudah. Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Cerebral Cortex pada tahun 2013, wanita dikatakan lebih cepat matang berbanding lelaki yang mengambil masa lama untuk berlagak seperti umur mereka.

Menurut kajian itu, otak golongan wanita mampu mewujudkan hubungan dan ‘masak’ lebih pantas daripada otak lelaki.

“Proses itu seperti bermula beberapa tahun selepas kelahiran dan terus berlaku sehingga golongan wanita mencapai usia kira-kira 40 tahun,” penulis bersama Sol Lim, seorang pelajar siswazah di Universiti Newcastle di United Kingdom bercakap kepada Mic.

Ujarnya, ketika melewati usia, otak manusia melalui perubahan besar secara anatomi dan kebolehgunaan. Ia menyebabkan hubungan sel otak berubah dengan lebih cepat.

Menerusi kajian yang dilakukan Lim, wanita melalui proses ini lebih awal berbanding lelaki. Sekaligus, membuktikan bahawa kaum Hawa lebih cepat matang berbanding kaum Adam.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *