Wanita kelahiran Johor juara MasterChef Australia

0
129

SYABAS diucapkan kepada seorang wanita kelahiran Johor yang berjaya menjuarai rancangan MasterChef Australia pada 24 Julai lalu.

Diana merupakan seorang akauntan bertauliah telah berhijrah dan menetap di Australia sejak berumur 19 tahun.

Dia menyertai MasterChef kerana minat yang mendalam terhadap seni kulinari.

FOTO / WORLD OF BUZZ

Diana berjaya merangkul sebuah trofi dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AUD $250,000 (RM 848,928) berserta langganan tetap Delicious, yang merupakan sebuah majalah masakan.

Saya sentiasa mengingatkan diri ¬†untuk tidak berasa cemas. Saya cuba untuk menangani setiap tekanan, bertenang dan fokus melakukan yang terbaik,”¬†ujar Diana, 29, seperti yang dipetik menerusi World of Buzz.

FOTO / WORLD OF BUZZ

Pada pusingan akhir, Diana berentap bersama Ben, mengharungi cabaran selama enam jam dengan tugasan terakhir menyediakan pencuci mulut yang direka oleh Kristen Tibbals.

Pencuci mulut tersebut berbentuk buah diselaputi sirap karamel dan sos buah epal.

Tahniah sekali lagi buat Diana yang berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga impiannya untuk membuka sebuah restoran tercapai suatu hari nanti.

 

SUMBER : WORLD OF BUZZ

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini