Semasa

Vape perisa syabu dan ketum pula mula dijual

By  | 

ROKOK elektronik atau lebih popular dengan panggilan vape merupakan alternatif yang digunakan oleh perokok untuk berhenti daripada terus ketagih menghisap rokok. Sejak menjadi fenomena, pelbagai perisa vape berada di pasaran.

Bagaimanapun, terbaharu, pihak berkuasa di Johor telah mengesan penjualan perisa ketum dan syabu bagi rokok elektronik vape baru-baru ini.

Memetik laporan Kosmo! Online, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat ketika mendedahkan perkara itu berkata, penyalahgunaan perisa terbabit dibimbangi mewujudkan gejala sosial terutama dalam kalangan remaja pada masa akan datang.

Katanya, beliau telah menerima maklumat mengenai kegiatan terbabit daripada beberapa agensi yang mengesan kewujudan perisa tersebut berbanding perisa asal seperti mangga, coklat, kopi dan oren.

Maklumat lanjut sedang dikumpul sebelum pihak terlibat membuat serbuan bagi membendung penyalahgunaan vape yang kononnya digunakan untuk mengawal ketagihan perokok terhadap rokok tradisi.

Kita sudah menerima banyak maklumat mengenai vape berperisa ketum, syabu dan beberapa jenis bahan lain, cuma buat masa ini belum ada tangkapan terhadap peniaga yang menjual perisa terlarang tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Jom Kenal Ubat Anda peringkat negeri di sini semalam.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *