Uniform mewah kru penerbangan Hainan curi perhatian

0
27

SYARIKAT penerbangan Hainan milik China telah melancarkan rekaan uniform baharu untuk anak kapal mereka pada minggu rekaan pakaian mewah Paris.

Direka oleh Laurence Xu dengan ilham pakaian tradisi, ceongsam, namun unsur-unsur barat masih diserlahkan untuk imej yang lebih moden dan segar.

FOTO / JING DAILY

“Pada peringkat awal, syarikat penerbangan Hainan telah bertemu dan berbincang dengan Laurence Xu.¬†Prosesnya melibatkan lebih 1,000 rekaan dengan 100¬†jenis fabrik terbaik.

Keseluruhan proses memakan masa sekitar dua tahun,” demikian kenyataan daripada syarikat penerbangan tersebut.

FOTO / TRAVEL + LEISURE

Rekaan yang dipilih ditunjangi elemen tradisional China dengan warna latar biru cair, motif awan yang terkenal di dalam seni imej China, ombak dan juga burung kayangan.

Pembaharuan tersebut merupakan rombakan kelima untuk uniform kru kabin sejak dilancarkan pada 1993.

Bagi penerbangan musim sejuk, aksesori untuk kot dan jaket diserlahkan lagi dengan kolar mandarin yang tidak mempunyai kelepet dan juga menutupi bahu dan terbuka longgar di tengah.

FOTO / PR NEWSWIRE

Dilengkapi juga dengan topi kecil untuk menghiasi jemala untuk barisan pramugari. Keseluruhan proses tersebut telah melonjakkan dan menaikkan imej positif buat syarikat penerbangan tersebut.

Syarikat penerbangan Hainan merupakan syarikat penerbangan keempat terbesar di republik China. Berpusat di Haiko, Hainan, syarikat penerbangan itu menyediakan 500 penerbangan domestik dan juga antarabangsa.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini