Tokoh sastera Melayu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Taib Osman meninggal dunia

0
173
MUZIUM ETNOGRAFI MELAYU

MANTAN Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd Taib Osman disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi semalam akibat kegagalan ginjal.

Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Kota Damansara, Selangor selepas solat jenazah di Masjid Kolej Islam Malaya di Kampus Universiti Islam Antarabangsa, cawangan Petaling Jaya.

Allahyarham merupakan lulusan Universiti Malaya cawangan Singapura dan memulakan karier sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1959. Selain itu, beliau juga menerima PhD daripada Universiti Indiana, Amerika Syarikat.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penasihat di United National Education, Scientific and Cultural Organisation di Jabatan Pengajian Melayu dan Kebudayaan Asia Tenggara pada tahun 1970-an hingga 1980-an.

Antara karya hebat beliau adalah Adab Raja-Raja (2006), Budaya dan Bahasa Melayu: Masalah, harapan dan globalisasi, Patritotisme dan isu-isu kemasyarakatan (2004), Islamic Civilization in the Malay World (1997), Malay folk beliefs: An intergration of disparate elements (1989), Bunga rampai: Aspects of Malays culture (1988) dan Manual of collecting oral tradition: with special reference to southeast asia (1982).

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini