Tiga permata gugur di bulan Ramadan akibat kanser

0
7

BELASUNGKAWA buat tiga permata yang gugur di bulan Ramadan ini; Allahyarham Syahid Bazli, Allayarhamah Shea Rasol dan Allayarhamah Yuli Rachmawati atau lebih dikenali sebagai Julia Perez. Ketiga-tiganya meninggal dunia akibat kanser.

Foto/Astro Awani

Kesihatan anak sulung salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan iaitu Syahid semakin merosot sejak Disember 2016. Syahid, 4, disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga pada Februari lalu.

Biarpun diuji dengan kesakitan, Syahid yang terlantar di hospital masih bersemangat membaca ayat-ayat suci al-Quran. Pada 7 Jun lalu bersamaan 12 Ramadan, Syahid menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Industri fesyen tanah air juga dikejutkan dengan pemergian Shea Rasol, seorang ikon hijabista, penulis blog dan pengacara SIS. Shea, 29, atau nama sebenarnya Farah Syahirah Rasol disahkan menghidap kanser urachal, sejenis kanser yang jarang dijumpai.

Kanser urachal merupakan antara pecahan kanser pundi kencing (bladder) dan hanya membentuk kurang daripada 1 peratus daripada keseluruhan kanser jenis tersebut.

Foto/Mynewshub

Shea meninggal dunia pada 9 Jun lalu (14 Ramadan). Jenazahnya disemadikan di tanah perkuburan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Kajang.

Khabar duka turut melanda industri seni Indonesia. Kehilangan Julia Perez turut dirasai para peminatnya di Malaysia. Mengimbas permulaan penderitaan Julia, Allahyarhamah mengalami pendarahan serius ketika di Bali, tetapi menganggap ia mungkin berpunca akibat keletihan.

Foto/BerandaId

Selepas melakukan pemeriksaan, Julia disahkan menghidap kanser pangkal rahim. Setelah hampir dua tahun bertarung nyawa, Julia meninggal dunia pada usia 37 tahun di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta pada 10 Jun lalu.

Pepatung ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga ketiga-tiga insan istimewa ini. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini