TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan mewujudkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada golongan suri rumah tidak melibatkan caruman tambahan dipotong daripada gaji suami.

Dr. Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sebaliknya hanya dua peratus daripada 11 peratus gaji suami yang dicarumkan kepada KWSP dicadang dipotong untuk tujuan itu.

Kita tidak ambil tambahan, hanya ambil daripada 11 peratus. Bagilah pengiktirafan kepada wanita,” katanya.

Beliau berkata, kementerian akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada Khamis bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan pemotongan caruman tersebut.

Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah soal suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu.

Caruman KWSP kepada golongan suri rumah merupakan antara janji Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu.

Selain caruman daripada pendapatan suami, cadangan itu turut melibatkan RM50 daripada kerajaan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini