Taylor Swift daftar lima bait liriknya sebagai harta intelek

0
19

BIAR betul? Penyanyi yang sering bertukar teman lelaki tetapi masih mengekalkan imej the girl next door, Taylor Swift telah mendaftar lima baris lirik popular tulisannya sebagai harta intelek. Lirik-lirik tersebut adalah:

This sick beat™
Nice to meet you. Where you been?™
Could show you incredible things™
Cause we never go out of style™
Party like it’s 1989™

Vox melaporkan, sebelum pelantun lagu 22 itu meriliskan album terbaharunya 1989, dia terlebih dahulu mendaftar beberapa ayat berbahasa Inggeris di dalam albumnya. Justeru, jika ada antara anda yang mahu menyebut perkataan tersebut di khalayak umum (sebarang majlis anugerah dan sebagainya) atau mencetaknya pada kemeja-t, anda perlu meminta kebenaran daripada maharani pop Taylor terlebih dahulu.

Paris

Taylor tidak keseorangan. Sebelum ini, sosialit Paris Hilton pernah mendaftar perkataan ‘that’s hot‘ sebagai harta inteleknya dan pernah memenangi saman terhadap syarikat kad ucapan Hallmark yang cuba untuk menggunakan kata-kata itu pada kad ucapan mereka pada tahun 2010.

Selain itu, penyanyi Beyoncé dan suaminya, Jay-Z turut mendaftar nama anak sulung mereka Blue Ivy Carter sebagai harta intelek.

Its Britney Bitch

Tapi, ‘It’s Britney b*tch‘ lebih ikonik daripada ayat-ayat di atas, namun, Queen Britney yang terkenal dengan sifat rendah dirinya tidak pernah mendaftar kata-kata itu sebagai harta inteleknya.

Kredit gambar: PageSix, TopMan

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini