MELIHAT pada asas penubuhan Biro Tata Negara (BTN) yang dilihat semakin jauh tersasar, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong cadangan supaya ia ditutup.

Syed Saddiq menjelaskan, BTN yang pada awalnya ditubuhkan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalanga warga negara Malaysia kini dimanipulasi untuk kepentingan politik.

Saya lihat ia medium memperkukuhkan satu parti politik dengan menghasut satu kaum agar membenci kaum lain dan matlamat asalnya sudah hilang.

Disebabkan itu, saya rasa BTN tidak diperlukan lagi,” katanya pada Majlis Pembahagian Makanan Berbuka Puasa beberapa kelab motosikal berkuasa tinggi kepada anggota polis trafik serta gelandangan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mencadangkan supaya BTN ditutup.

Nik Nazmi menyifatkan biro tersebut sebagai sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara dan masih beroperasi dalam kerangka Perang Dingin sedangkan dunia sudah berubah.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini