Subway UK beri alternatif sandwic halal kepada komuniti Muslim

0
26

MASYARAKAT Muslim di Britain kini mempunyai lebih pilihan terhadap makanan halal.

Rangkaian sajian sandwic terkenal, Subway mengumumkan bakal menyediakan daging yang diproses mengikut syariat Islam.

Kira-kira 200 cawangannya juga akan memansuhkan penggunaan daging khinzir.

FOTO / WELCOME BREAK

Sekitar 185 rangkaian Subway akan menggunakan daging ayam belanda selepas menerima permintaan tinggi daripada masyarakat Muslim di United Kingdom (UK).

Subway yang memiliki kira-kira 1,500 cawangan di seluruh UK mendedahkan, keputusan untuk menyediakan daging halal adalah bagi memastikan komuniti Muslim tidak berasa tersisih.

Menerusi kenyataan jurucakap Subway yang dipetik daripada Mail Online: “Sejak Subway semakin popular dan berkembang pesat di UK dan Ireland, kami berasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab sosial.”

FOTO / ASIAN WORLD NEWS

Islam kini merupakan agama kedua terbesar yang paling ramai dianuti selepas Kristian. Menurut statistik, pada 2011, sekitar 2,786,635 penganut Islam yang direkodkan, menyumbang kepada 4.4 peratus kepada populasi penduduk UK.

Angka populasi masyarakat Islam sentiasa meningkat saban tahun walaupun mendapat kecaman dan gambaran buruk tentang masyarakat Islam.

 

SUMBER : MAIL ONLINE

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini