Siti tepis dakwaan sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia

0
6

PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza menafikan laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal kewangan yang mendakwa bahawa beliau merupakan wanita ketiga terkaya di Malaysia. Menurut laporan tersebut, pelantun lagu Jaga Dia Untukku itu diletakkan dalam senarai kerana dianggarkan mempunyai aset bernilai sebanyak RM50 juta.

Ketika ditemui pada Anugerah MeleTOP yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini, Siti berkata, beliau agak terkejut apabila mendapat tahu tentang perkara berkenaan. Katanya, gelaran tersebut tidak benar dan ia hanyalah anggaran kasar yang dibuat secara pemerhatian.

Saya agak terkejut apabila mendapat tahu tentang senarai nama (wanita ketiga terkaya di Malaysia) itu. Apa yang dilaporkan oleh portal itu tidak benar sama sekali dan saya sendiri tidak pasti kebenarannya,” katanya yang turut bimbang perkara itu mampu menyebabkan timbulnya isu keselamatan.

Dalam masa yang sama, beliau turut memasang impian yang sama iaitu ingin bergelar wanita terkaya. Katanya: “Impian untuk ke arah itu ada. Tetapi, saya harus berusaha dengan gigih lagi,” katanya sambil tersenyum.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini