Semasa

Singapura bakal terima presiden Melayu selepas 47 tahun

By  | 

SINGAPURA sekali lagi akan menjalani proses pemilihan jawatan presiden. Uniknya untuk sesi pemilihan kali ini, Parlimen Singapura telah mengusulkan supaya calon-calon yang akan mengisi jawatan presiden hendaklah daripada kalangan minoriti, iaitu bangsa Melayu.

FOTO / RILEK 1 CORNER

Selepas 52 tahun merdeka, seramai tujuh orang telah mengisi jawatan presiden. Jawatan presiden pertama, dipegang oleh Allahyarham Tun Yusof Ishak.

Beliau yang berasal dari Taiping, Perak pernah menjadi wartawan untuk Utusan Melayu, Singapura.

Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam. Selepas Singapura berpisah daripada Malaysia, pada 9 Ogos 1965, beliau dilantik sebagai presiden Singapura. Pelantikan tersebut disambung untuk tempoh satu penggal.

Tun Yusof Ishak merupakan Presiden Singapura Melayu pertama dan terakhir. Pada 1999, mendiang Lee Kuan Yew pernah menekankan bahawa jawatan presiden Singapura perlu bersilih ganti antara kaum.

Ia menjadi tanda terhadap landskap masyarakat Singapura sebagai negara berbilang bangsa.

FOTO / YOUTUBE

Pada 2016, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long turut mengingatkan bahawa jawatan presiden merupakan simbol dan lambang antara kaum dan kepelbagaian di Singapura.

Jika presiden hanya dipilih daripada satu bangsa tertentu, maka ia tidak lagi mewakili simbol perpaduan rakyat Singapura.

Justerupemilihan presiden seterusnya akan dikhaskan untuk calon-calon daripasa orang Melayu,” ucap Hsien Long di Dewan Parlimen Singapura.

Empat presiden Singapura terdahulu terdiri daripada Tun Yusof Ishak (1965-1970), Benjamin Henry Sheares (1971-1981), CV Devan Nair yang juga bekas Ahli Parlimen Bangsar (1981-1985) dan Wee Kim Wee (1985-1993).

Pada November 2016, parlimen meluluskan pindaan akta pilihan raya presiden. Antaranya jika presiden bangsa tertentu tidak memenuhi jawatan presiden selama lima penggal berturut-turut, pemilihan presiden seterusnya akan dikhaskan untuk bangsa tersebut.

FOTO / YOUTUBE

Kini, hampir 47 tahun Singapura tidak diterajui oleh presiden berbangsa Melayu.

Untuk kriteria pemilihan jawatan presiden, calon mestilah bukan daripada kalangan ahli politik. Pernah memegang jawatan berprofil tinggi seperti menteri, speaker parlimen, ketua hakim, peguam negara, ketua suruhan jaya perkhidmatan awam, ketua audit negara, akauntan negara atau setiausaha tetap negara tidak kurang tiga tahun.

Antara syarat lain, calon juga merupakan seorang ketua pengarah atau ketua pegawai eksekutif dengan nilai pegangan saham tidak kurang daripada SGD $500 juta.

Peranan presiden melibatkan kuasa perlembagaan, iaitu menjaga rizab negara, pelantikan ketua kakitangan dalam sektor awam dan badan pemerintah.

Keduanya melibatkan istiadat. Presiden perlu menyertai istiadat-istiadat negara tertinggi. Presiden juga berperanan menyatukan dan memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Sebagai ketua negara, presiden tidak mempunyai kuasa untuk memerintah negara dan membuat polisi negara, kerana peranan tersebut dimainkan oleh perdana menteri.

Comments

comments

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *