Setelah hampir dua tahun, GST masih dipolitikkan?

0
10

SETELAH hampir dua tahun sistem pencukaian GST (Goods and Service Tax) dilaksanakan, masih terdapat dalam kalangan rakyat Malaysia yang kurang arif tentang sistem pencukaian baharu yang mengantikan SST itu.

Malah, kelompongan ilmu GST atau ekonomi segelintir rakyat Malaysia telah mengakibatkan sebahagian ahli politik mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta.

Sistem percukaian SST merupakan cukai satu aras yang hanya dikenakan kepada pengilang dan tidak boleh dituntut. Cukai ini termasuk sebagai kos kepada perniagaan.

Cukai GST pula merupakan cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat sehingga pengguna.

FOTO / ASTRO AWANI

SST

1) Telah dilaksanakan sejak tahun 1960-an.

2) Kerajaan hanya dapat mengutip hasil cukai RM16 billion sehingga RM18 billion setahun.

3 ) Semua barangan tidak dicukai kecuali diisytiharkan dicukai.

4 ) Cukai hanya dikenakan kepada pengilang atau pengguna.

5 ) Berlaku ketirisan tatkala ada segelintir pengimport, pengilang atau pemborong mengelak daripada membayar cukai.

6) Pihak peniaga masih boleh memanipulasikan sumber dan hasil pendapatan kotor atau haram mereka melalui kegiatan pencucian mata wang.

7) Cukai SST yang dikenakan sebanyak 16% meliputi cukai jualan 10% + cukai perkhidmatan 6%.

8) Pendapatan hasil SST yang tidak banyak menyebabkan pembangunan pelbagai infrastruktur baru juga terhad dan segelintir kelompok rakyat yang masih terpinggir.

GST 

1) Dilaksanakan sejak 1 April 2015.

2) Diperkenalkan bagi menangani defisit fiskal negara.

3) Dikenali juga sebagai VAT (Value Added Tax) di beberapa negara lain.

4) Kerajaan dijangka mampu mengutip hasil cukai sebanyak RM27 billion setahun.

5) Setiap brangan akan dikenakan cukai kecuali diisytiharkan tidak dicukai.

6) Sebanyak 40 barangan pengguna tidak dikenakan sebarang cukai.

7) Dikenakan pada pelbagai peringkat bermula daripada pengilang, pemborong, peruncit sehinggalah pengguna.

8) Semua hasil pendapatan dan perbelanjaan di pelbagai peringkat akan direkod dan dikemaskini oleh pihak berwajib.

9) Semua elemen-elemen ketirisan, penyelewengan, mengelak daripada menjelaskan cukai akan dibanteras dan dihapuskan.

FOTO / SAGE SOFTWARE

Kini setelah segala timbang tara, jelas penggantian cukai SST kepada GST adalah langkah proaktif yang diambil kerajaan pusat bagi memampankan sektor ekonomi Malaysia.

Antaranya, pengguna tidak perlu lagi membayar cukai yang lebih tinggi seperti sebelum ini, di mana pengguna hanya perlu membayar sekitar 6% sahaja berbanding 16%.

Terdapat juga pengecualian cukai terhadap barangan-barangan asas berbanding di negara lain yang hampir tiada langsung pengecualian GST.

Kerajaan juga dapat mengutip cukai dan tiadalah istilah peniaga yang lari daripada menjelaskan cukai. Ini akan membuatkan lagi Malaysia membangun dengan pesat dan berdaya saing.

Tidak ketinggalan, kerajaan perlu menjalankan lagi serbuan dan melawat tempat-tempat makan kerana ada pengusaha-pengusaha yang masih mengekalkan kedua-dua jenis cukai SST dan GST sehingga makanan tersebut menjadi mahal.

Ini pasti akan mengelirukan pengguna, terutama untuk mereka yang malas membaca. Apatah lagi masih ramai antara kita yang membandingkan harga sekarang dengan harga dahulu. Misalnya:

Zaman Tun Dr. Mahathir, RM1 boleh beli  2 bungkus nasi lemak. Zaman Tunku Abdul Rahman RM1 boleh beli 50 bungkus nasi lemak. Zaman Hang Tuah pakai wang emas. Zaman dinosaur tidak mahu dibandingkan?

 

SUMBER : ASTRO AWANI

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini