Serangan Subuh bukti kepintaran Melayu melawan British

0
88
FOTO/BLOOMBERG

SELEPAS hampir 10 tahun Tanah Melayu merdeka daripada cengkaman penjajah British, peratus orang Melayu yang memegang harta korporat adalah sebanyak 1.5 peratus berbanding orang Cina yang mendominasi sebanyak 22.8 peratus.

Ini kerana sebelum Tanah Melayu merdeka, dasar pecah dan perintah oleh British telah membuatkan orang Melayu masih ketinggalan zaman.

FOTO/ASTRO AWANI

British ketika itu tidak membenarkan orang Melayu untuk bergiat dalam bidang lain, sekali gus meranapkan sejumlah besar masa depan dan potensi orang Melayu.

Misalnya, British hanya membenarkan orang Melayu bergiat dalam industri pertanian dan perikanan.

Orang Cina pula aktif dalam industri perlombongan dan perniagaan manakala orang India rata-rata menyara hidup sebagai penoreh getah di estet.

Ketidaksamarataan sebegitu menyebabkan berlakunya beberapa pergaduhan kecil antara orang Melayu dan orang Cina. Antara kawasan tercetusnya pergaduhan adalah di Georgetown, Kuala Lumpur, Bukit Mertajam dan Pangkor.

Susulan insiden tersebut, Allahyarham Tun Abdul Razak telah melaksanakan dasar ekonomi baharu yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan beliau adalah untuk menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan orang Melayu dapat memegang kekayaan negara.

Dasar itu bukan sahaja membantu mengubah nasib orang Melayu, malah dapat mengelakkan tercetusnya rusuhan kaum di Semenanjung Malaysia.

Begitupun, selepas pengenalan DEB, syarikat-syarikat Inggeris masih memiliki sejumlah besar pemilikan. Misalnya, Guthrie mempunyai lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan ladang teh pada 1981.

Sehinggalah zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sikap angkuh Inggeris yang melayan Malaysia seperti boneka membuatkan Mahathir cuba untuk mengusir penjajahan ekonomi tersebut.

Ideologi itu amat berbeza dengan pemimpin UMNO lain yang kebanyakannya lahir daripada golongan bangsawan dan berdarah gahara. Misalnya, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang berjiwa Anglophile (pemuja Inggeris). 

Pernah suatu ketika, London menolak permohonan Malaysia Airlines untuk diberi hak mendarat tambahan di Lapangan Terbang Heathrow, London. Malah, pesawat Concorde milik British juga pernah menceroboh ruang angkasa Subang ketika melakukan perjalanan dari Singapura.

Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali, abang ipar Mahathir yang merupakan bekas Gabenor Bank Negara juga pernah menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel. Bahkan beliau juga tidak segan untuk menunjukkan sikap anti Inggeris ketika memegang jawatan tersebut.

Misalnya, Mark Gent yang merupakan Pengerusi Guthrie berkata, beliau dan Pengarah Kanan Guthrie, Eric Griffith-Jones terpaksa menunggu Ismail hampir 30 minit untuk bertemu. Tindakan tersebut sebenarnya disengajakan sebagai tanda protes terhadap Inggeris.

SEBELUM SERANGAN

FOTO/THE GLITTERS ONLINE

Empat bulan sebelum Serangan Subuh, Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang diterajui mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, telah diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua rancangan berjalan lancar.

Khalid dipilih kerana kewibawaannya, malah beliau juga pernah bekerja di Barings London, iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie.

Cendekiawan-cendekiawan pelaburan PNB dan penasihat daripada bank saudagar N.M. Rothschild & Sons Ltd. telah diarahkan untuk mengkaji secara rahsia jika saham Guthrie boleh diambil alih.

Hasil kajian dan penelitian, mereka telah menemui titik kelemahan dalam akta Bursa Saham London. Namun, tindakan tersebut haruslah dilaksanakan dengan segera.

Atas persetujuan Mahathir, kelulusan diberikan untuk penggunaan modal sebanyak 282 Juta Pound Sterling bersumberkan kewangan Petronas, Amanah Saham Nasional (ASN) dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Ekoran faktor keselamatan, pihak Rothschild telah mengarahkan khalid membuka akaun bank di Switzerland.

Tujuan untuk membeli saham Guthrie adalah selain ia dimiliki oleh Inggeris, malah saham-saham Guthrie juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang condong kepada PNB.

Misalnya, Genting, Bank Simpanan Nasional, OCBC dan Kuwait Investment Office.

Justeru, Rothschild telah diarahkan untuk membeli saham Guthrie daripada pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie daripada pelabur-pelabur kecil.

Caranya adalah dengan sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa saham dibuka dan tanpa disedari pihak pengurusan Guthrie sendiri.

PNB hanya memerlukan 15 peratus bagi menggenapkan 40 peratus pegangan saham kerana PNB telah mempunyai 25 peratus syer

Di Malaysia, Khalid telah diberi tugas untuk menguruskan pembelian di sini dan yakin bahawa BSN, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB.

Manakala, Ismail terbang ke Singapura pada hari tersebut untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang oleh bank itu pada pukul 3.30 petang dan menghantar notis penerimaan tepat pukul 3.45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschild hanya menunggu isyarat dari Kuala Lumpur  untuk membeli saham-saham Guthrie daripada pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Malangnya, OCBC menolak tawaran untuk menjual pegangan syer mereka.

Ismail menghubungi Khalid bagi menyampaikan berita buruk tersebut. Namun, disebabkan Khalid telah berjaya membeli saham daripada ketiga-tiga syarikat tersebut, maka serangan perlu diteruskan.

Di London, sebaik menerima isyarat, kedua-dua syarikat yang diarahkan PNB telah memulakan proses pembelian sepantas mungkin.

Bank saudagar Rothschild berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17 peratus daripada Guthrie) menjual 11 peratus saham miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham daripada pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5 peratus saham.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam tempoh empat jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41 peratus daripada keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengah hari waktu London, Guthrie jatuh dalam genggaman Malaysia.

FOTO/JELAPANG
FOTO/BLOGGER LELAKI

Hasil serangan itu, sikap Ingeris yang sebelum itu acuh tidak acuh berubah. Mereka mula berlembut dengan Malaysia. Malah, ia menjadikan PNB sebagai syarikat pemilik ladang terbesar di dunia.

Malah tiga syarikat perladangan besar yang terdapat di Malaysia, contohnya Highland and Lowlands, Barlows dan Harrisons and Crosfield turut telah menjual kepentingan mereka di Malaysia.

Selain itu, Guthrie juga menjual segala aset di luar negara dan keuntungan yang diperolehi melebihi kos yang diguna sewaktu serangan subuh.

SUMBER : JOM JALAN 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini