Seluar dalam ketat punca masalah ketidaksuburan lelaki

2
33

HEY gentlemen! Jika anda mahukan anak dan dalam masa yang sama anda sedang memakai seluar dalam yang ketat (brief), anda mungkin tidak mahu membaca keseluruhan artikel ini.

Portal FiveThirtyEight melaporkan, jika seluar dalam yang sedang anda pakai menyebabkan testikel anda berada dekat dengan tubuh, maka bilangan sperma yang anda hasilkan akan menurun.

Carta

Sekumpulan penyelidik daripada Perancis mendapati, memakai pakaian dalam ketat mampu menaikkan suhu kerandut testikel melebihi suhu optimal sehingga menggangu penghasilan sperma yang sihat.

Selain itu, kajian awal juga mendapati, mengenakan seluar dalam ketat mampu mengurangkan jumlah penghasilan sperma sehingga sebanyak separuh daripada angka asal.

Jangan khuatir, cara paling mudah untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan menyarungkan seluar dalam jenis boxer mampu mengembalikan kadar penghasilan sperma ke angka normal.

Ketat itu seksi, tetapi tidak menyihatkan. Nasihat Pepatung, pakailah seluar dalam yang longgar agar kesuburan anda tidak terganggung.

Kredit carta: FiveThirtyEight

2 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini