RTS bakal hubungkan Johor – Singapura menjelang 2024

0
25

KURANG daripada sebulan selepas jajaran MRT fasa kedua dibuka, kerajaan Malaysia dalam proses memeterai perjanjian untuk membina laluan MRT dari Johor menuju ke Singapura pula.

Menurut Channel News Asia, perkhidmatan laluan tersebut dijangka beroperasi menjelang Disember 2024.

Perkhidmatan tersebut diberi nama Singapore – Johor Bahru Rapid Transit System (RTS) setelah kedua-dua kerajaan membuat rundingan sebanyak 13 kali.

FOTO / FLICKR

Cadangan pembinaan pengangkutan tersebut adalah bagi mengatasi masalah kesesakan teruk dari kedua-dua arah.

Menerusi pelaksanaan projek tersebut, ia diharapkan mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas memandangkan aliran RTS dijangka mampu membawa kira-kira 10,000 penumpang menuju satu arah untuk setiap satu jam.

Projek RTS juga bakal menggantikan laluan KTMB Tebrau apabila ia mula beroperasi.

Stesen RTS di Singapura ditetapkan di utara Woodlands dan merentasi laluan MRT Pantai Timur – Thomson. Johor pula menempatkan stesennya di Bukit Chagar.

FOTO / STRAITS TIMES

Menteri Pembangunan dan Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan menerusi mesyuarat baru-baru ini mengumumkan, perjanjian projek mega tersebut bakal ditandatangani secara rasmi kedua-dua negara pada Disember depan.

Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua negara telah bersetuju untuk membina, menyelenggara dan bertanggungjawab penuh terhadap laluan RTS tersebut.

Namun, syarikat persendirian bakal dilantik untuk setiap negara dan bertanggungjawab menguruskan penyelenggaraan RTS.

Dalam perkembangan lain, Boon Wan dan Rahman turut berbincang berkenaan projek Kuala Lumpur – Singapore High Speed Rail Line yang dijangka beroperasi menjelang 2026.

SUMBER : STRAITS TIMES & WORLD OF BUZZ

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini