Rahsia malam 1,000 bulan dan kaitannya dengan lailatulqadar

0
20

DIRIWAYATKAN oleh Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Lailatulqadar telah dikurniakan kepada umat ini (umat ku) yang tidak diberikan kepada umat-umat sebelumnya”.

Dikisahkan pada zaman dahulu, Nabi Syam’un Al-Ghazi a.s yang mempunyai mukjizat dengan kekuatan yang luar biasa. Baginda dapat menumbangkan istana, melunakkan besi serta mengangkat berat. Berambut panjang dan berketurunan bani Israil dan diutus di tanah Romawi.  Baginda mempunyai seorang isteri dan baginda tidak pernah berhenti berdakwah kepada umatnya.

FOTO KLIK BONTANG

Malangnya baginda dibenci oleh kaumnya dan pelbagai jalan diambil bagi menghentikan Nabi Syam’un. Selepas pelbagai jalan menemui kegagalan, musuh baginda telah menawarkan hadiah, wang dan pelbagai kenikmatan kepada isteri baginda.

Akhirnya Nabi Syam’un telah terpedaya dan dikhianati oleh isteri baginda sendiri. Baginda telah memberitahu kepada isterinya bahawa kekuatan dirinya terletak pada rambutnya. Ketika tidur, si isteri telah mengikat tangan suaminya dan memotong rambut baginda.

Nabi Syam’un ditangkap, tangannya diikat di tiang istana dan dibutakan mata oleh musuh-musuhnya. Mereka menyeksa Nabi Syam’un agar baginda mati secara perlahan-lahan.

Akhirnya, kerana kasihnya Allah s.w.t, malaikat Jibril telah dihantar untuk menemui baginda. Jibril telah bertanya kepada Nabi Syam’un: “Hai Syam’un, apakah yang engkau inginkan?”

Baginda menjawab: “Ya Allah berikanlah kekuatan kepada aku semula, agar aku dapat menggerakkan tiang istana ini dan menghancurkan mereka semua dengan kekuatan Allah “.

Doa baginda dimakbulkan dan berhasil menggerakkan tiang istana tersebut sekali gus menghancurkan mereka yang ingkar terhadap dakwah baginda. Setelah peristiwa itu, Nabi Syam’un bersumpah untuk menebus dosa baginda dengan memerangi kebatilan dan beribadat selama 1,000 bulan.

Setelah mendengar kisah Nabi Syam’un, para sahabat Nabi Muhammad s.a.w menangis terharu. Sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w: “Ya Rasullulah, tahukah baginda akan pahalanya?” Jawab Rasulullah: “Aku tidak mengetahuinya.”

فَأَنْزَلَ اللهُ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ بِهَذِهِ السُّوْرَةِ (القَدْرِ) وَقاَلَ ياَمُحَمَّدْ أَعْتَيْطُكَ وَأُمَّتَكَ لَيْلَةَ القَدْرِ العِباَدَةُ فِيْهاَ أَفْضَلُ مِنْ عِباَدَةِ سَبْعِيْنَ أَلْفِ شَهْرٍ

Setelah Rasulullah selesai berkisah, Allah s.w.t mengarahkan Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan mewahyukan surah al-Qadr.

“Hai Muhammad, Allah memberi Lailatulqadar kepadamu dan umatmu, ibadat pada malam itu lebih utama berbanding ibadat 1,000 bulan,” Jibril menyampaikan.

Dengan turunnya wahyu tersebut, umat Rasulullah s.a.w mempunyai keistimewaan untuk beribadat pada malam lailatulqadar. Sesungguhnya malam itu adalah malam penuh berkat.

SUMBER: 1MalaysiaBiz

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini