Puasa enam elak sistem pencernaan ‘terkejut’

0
5

WALAUPUN perintah untuk berpuasa di bulan Ramadan telah tamat, namun, kita disunatkan untuk berpuasa selama enam hari di bulan Syawal, dan ganjarannya adalah sama seperti berpuasa selama setahun.

FOTO / SALAFI AQEEDA

Hal ini telah diperjelaskan dalam sabda junjungan Nabi Muhammas s.a.w yang dipetik daripada hadis riwayat Abu Ayyub Al-Ansari: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun.”

Antara hikmah anjuran kita disunatkan untuk berpuasa enam di bulan Syawal adalah supaya sistem pencernaan tidak terkejut dengan perubahan drastik selepas sebulan berpuasa.

Puasa enam juga dapat melengkapi kekurangan sewaktu kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini