JEMAAH
haji dari seluruh negara saat ini sedang melaksanakan kemuncak ibadat haji, iaitu berwukuf di Padang Arafah. Para jemaah mengisi hari wukuf tersebut dengan berzikir dan membaca al-Quran.

Sejak kelmarin, ramai jemaah haji dari Malaysia sudah memulakan perjalanan menuju ke Padang Arafah. Justeru, ia telah mengakibatkan peningkatan jumlah kenderaan menuju ke tempat suci tersebut.

DUNIAKU

Para jemaah dinasihati agar memakai tutup kepala (bagi lelaki) untuk berlindung daripada cuaca panas dan pada masa yang sama sentiasa mengekalkan kelembapan tubuh dengan meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Ibadat wukuf di Padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam As dan Siti Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dengan memakan buah khuldi dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.

Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah.

HAJI PLUS

Di sinilah bertahun-tahun pasangan itu  memohon keampunan dan taubat di atas segala kemungkaran yang telah mereka lakukan.

Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi simbol untuk menyesali segala dosa dan perkara mungkar yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah.

Ibadat itu dilaksanakan pada 8 atau 9 Zulhijah.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini