Persembahan reunion Black Eyed Peas di Johor

0
7

NAMPAKNYA, peminat kumpulan hip-hop tersohor, Black Eyed Peas boleh melonjak kegembiraan! Selepas hampir empat tahun membawa haluan masing-masing, buat pertama kalinya, Will.i.am, Apl, Fergie dan Taboo bakal bersatu di atas pentas bersempena dengan istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Danga Bay, Johor Baharu pada 26 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong dalam kenyataan, berkata festival muzik selama empat hari itu dianjurkan Jabatan Pelancongan Johor dengan kerjasama Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd.

Acara itu itu juga akan menampilkan beberapa artis terkenal lain seperti Rossa dari Indonesia, Sistar (Korea), Fuying & Sam (Taiwan) dan penghibur tempatan seperti Sheila Majid, Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Penny Tai. Konsert yang dianjurkan secara percuma.

Acara lain yang akan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan upacara bersejarah itu ialah Perlumbaan Bot Laju F3000, acara berbasikal Cycleton Around Johor, sukan pantai, Perarakan Perahu Berhias dan pertunjukan bunga api.

Perlumbaan Bot Laju F3000 akan disertai tujuh negara termasuk Brazil, New Zealand, Papua New Guinea, Thailand and Singapura. Acara Cycleton Around Johor, yang juga pertama kali diadakan, akan disertai 20 pasukan.

Satu lagi acara menarik ialah pameran dan perarakan perahu berhias di sekitar Teluk Danga, melibatkan 23 perahu, termasuk sebuah dari setiap daerah di negeri ini serta daripada perbadanan awam dan swasta.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dijadual berkenan menyampaikan Piala Kemahkotaan kepada pemenang semua acara pada 29 Mac.

Kredit sumber: Bernama

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini