Perkahwinan bertemakan Harry Potter paling kreatif

0
46

PERTEMUAN di University of California, Los Angeles (UCLA), Amerika Syarikat menerbitkan bibit cinta antara Matthew (Matt) dan Cindy. Ditemani seorang lagi seorang sahabat, mereka menyewa sebuah rumah bersama.

FOTO/NIRAV PATEL

Setahun berkenalan, mereka kemudiannya berpasangan secara rasmi. Selepas enam tahun menyulam kasih, Matt melamar Cindy disaksikan keindahan alam di Big Sur, California.

Sebagai peminat tegar novel dan filem Harry Potter, Cindy menyatakan hasratnya kepada Matt untuk melangsungkan perkahwinan bertemakan fiksyen tersebut.

Bagi merealisasikan impiannya itu, Cindy menyediakan sendiri kad undangan, buku tetamu dan segalanya berkaitan dekorasi majlis. Bakatnya selaku ahli kaligrafi dan pereka antara muka pengguna turut ditampung oleh pereka acara, Crosby + Jon.

Pasangan tersebut disatukan pada 20 Februari 2016 di Hollywood Castle, Los Angeles ditemani anjing kesayangan, Millie serta diraikan 97 tetamu yang hadir dalam persalinan inspirasi ahli sihir.

Kad Jemputan

FOTO/NIRAV PATEL

Cindy sendiri mereka, mencetak dan menyediakan kad undangan ini. Ia menyerupai surat pengesahan kemasukan pelajar ke Hogwarts lengkap dengan ‘tiket’ magnetik ke Platform 9¾. Rekaan kad ini juga diilhamkan daripada Peta Marauder dengan ayat “I solemnly swear that I am up to no good.” Setiap kad dicetak menggunakan kertas bertekstur, yang kemudiannya dilipat, dipotong dan dicantumkan mengikut bentuk seperti di atas.

 

Lokasi

FOTO/NIRAV PATEL

Mencari lokasi resepsi perkahwinan yang mengadaptasi seni bina istana Inggeris (Britain) di Los Angeles tidak mudah. Maka apabila Cindy dan Matt menemui Hollywood Castle yang terletak di puncak bukit Los Angeles, mereka pantas bersetuju.

 

Pengiring pengantin serba hitam

FOTO/NIRAV PATEL

Keluarga dan teman rapat yang bertindak selaku pengiring (bridesmaid dan groomsmen) dikhususkan untuk menyarung pakaian serba hitam demi menghidupkan misteri dan kelam hari bahagia pasangan tersebut. Para pengiring lelaki segak dalam tuksedo Generation Tux manakala pengiring perempuan tampil anggun dalam dress Rent the Runway dan Etsy.

 

Ikrar perkahwinan

FOTO/NIRAV PATEL

Momen menyentuh emosi adalah ketika Cindy dan Matt saling bertukar ikrar yang ditulis masing-masing di atas lembaran kertas bertekstur menggunakan tulisan kaligrafi.

 

Dekorasi taman

FOTO/NIRAV PATEL
FOTO/NIRAV PATEL

Kerusi kayu panjang (selalu digunakan di gereja) diatur kemas di taman menghadap gerbang besi bersalut bunga-bunga hiasan yang menjadi tempat Cindy dan Matt melafazkan ikrar perkahwinan. Di sisi setiap kerusi juga diletakkan buku-buku tebal bersama lilin bagi menyemarakkan mood Harry Potter.

 

Tongkat sakti

FOTO/NIRAV PATEL
FOTO/NIRAV PATEL

Setiap tetamu akan menerima tongkat sakti yang ditempatkan di atas setiap kerusi masing-masing. Tongkat sakti itu diperbuat daripada penyepit (chopstick) yang diperincikan dengan manik menggunakan gam panas. Ia kemudiannya dicat dan disempurnakan bersama loceng kecil serta kad kecil.

 

Tetamu berkostum ahli sihir

FOTO/NIRAV PATEL
FOTO/NIRAV PATEL
FOTO/NIRAV PATEL

Pada mulanya, Cindy dan Matt bimbang tetamu tidak akan hadir mengikut kod pakaian yang ditetapkan. Bagaimanapun, keresahan itu lenyap apabila menyaksikan para jemputan begitu komited dengan tema perkahwinan mereka. Ramai tetamu datang dengan kostum berinspirasi ahli sihir.

 

Upacara pembahagian rumah

FOTO/FOTO/NIRAV PATEL

Usai Cindy dan Matt mengucap ikrar perkahwinan, para tetamu diminta untuk kekal di tempat duduk. Dua sepupu Matt mengambil alih acara dengan memanggil sekumpulan tetamu. Setiap tetamu dipakaikan topi ahli sihir bagi menentukan rumah masing-masing (tempat duduk di meja makan). Kemudian, tetamu diberikan kotak yang mengandungi sejarah rumah dan tugas pertama mereka.

 

Resepsi

FOTO/NIRAV PATEL
FOTO/NIRAV PATEL

Crosby + Jon menetapkan ruang resepsi berdasarkan dewan utama Hogwarts. Lilin panjang diletakkan dalam bekas berisi bunga ranunculus hitam dan ros merah.

 

Pemanis mulut

FOTO/NIRAV PATEL

Kek yang sering disajikan di majlis perkahwinan digantikan dengan pai labu. Hidangan pemanis mulut sempena resepsi mereka juga ditetapkan mengikut tema acara seperti parfait posyen, tongkat sakti coklat dan biskut berbentuk kilat (tanda yang terdapat di dahi Harry Potter).

 

Sumber: Martha Stewart Weddings

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini