Pengguna emoji gemar melakukan hubungan seks

1
36

PELIK tapi benar. Menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Match.com ke atas 5,675 penduduk di Amerika Syarikat yang berstatus bujang dan berumur 18 tahun ke atas, sebanyak 54 peratus pengguna emoji melakukan hubungan seks pada tahun 2014 berbanding bukan pengguna, sebanyak 31 peratus.

Manakala, sebanyak 52 peratus pengguna emoji keluar untuk janji temu pertama pada tahun lalu berbanding 27 peratus yang tidak menggunakannya. Kumpulan yang pertama (52 peratus) juga lebih tertarik untuk berkahwin sebanyak dua kali ganda berbanding kumpulan yang satu lagi (27 peratus).

Apakah yang menyebabkan emoji mampu mencetuskan perasaan seksual antara individu. Menurut ketua penasihat saintifik Match, Dr. Helen Fisher: “Emoji mampu menzahirkan rasa atau perasaan yang ingin diluahkan oleh sesetengah individu berbanding perkataan dari SMS atau e-mel,” jelasnya.

Tidak dinafikan, kedua-dua jantina, sama ada lelaki atau perempuan gemar menggunakan emoji. Namun, emoji jenis apakah yang sering digunakan mengikut jantina?

Emoji

Lelaki bujang lebih gemar menggunakan simbol emoji kiss face sementara perempuan yang masih solo gemar menggunakan smiley faces dan gambar simbol bibir.

Kredit gambar: Single In America

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini