Semasa

Pemandu GrabCar nikmati penjimatan minyak dengan Kad Mesra Grab

By  | 

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan Grab Malaysia (Grab) semalam menandatangani kerjasama strategik jangka panjang yang pertama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

DARI KIRI: Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan Grab, Reuben Lai; Ketua Grab Malaysia, Sean Goh; Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly; Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Mohd. Ibrahimnudin Mohd. Yunus.

Kerjasama tersebut memberikan ganjaran istimewa kepada para pemandu GrabCar menerusi program kesetiaan eksklusif.

Kad Mesra Grab yang diperkenalkan membolehkan ribuan pemandu GrabCar menikmati penjimatan pengisian minyak dan pembelian minyak pelincir Petronas Syntium.

Mata ganjaran istimewa untuk setiap pembelian di semua stesen minyak Petronas seluruh negara termasuk promosi menarik Kedai Mesra turut menanti para pemandu GrabCar.

Selain daripada diskaun dan ganjaran eksklusif, pemandu GrabCar juga bakal menerima baucar beli-belah dalam talian, pewangi kenderaan, tawaran makanan dan minuman serta faedah penyelenggaraan kenderaan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mymesra.com.my atau www.grab.com.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *