Pemanasan Global: 2014 tahun paling panas

0
33

MENURUT data yang dikeluarkan oleh Japan Meteorological Agency (JMA) baru-baru ini, tahun 2014 direkodkan sebagai tahun paling panas dalam sejarah peradaban manusia.

Global Warming

Menerusi data tersebut, tahun lalu mencatatkan nisbah tertinggi bagi purata suhu global berbanding lebih 120 tahun lalu sejak JMA mula merekodkan data iklim secara sistematik. Keputusan dijangka akan disahkan oleh pertubuhan lain seperti NOAA dan NASA.

Portal berita Mother Jones melaporkan, suhu yang direkodkan pada tahun 2014 melebihi suhu purata tahun 1981-2010 sebanyak 0.27 darjah Celsius.

Di sebalik hujah-hujah dan tanggapan positif yang melibatkan suhu Bumi, carta yang dikeluarkan oleh JMA memberi gambaran yang cukup jelas bahawa isu pemanasan global patut dipandang serius.

Malah, seperti yang dinyatakan oleh portal Think Progress, setiap ceruk di muka bumi ini mengalami kesan yang mendalam terhadap isu pemanasan global. Satu analisis telah menyimpulkan, musim panas di Eropah adalah yang paling panas dalam 500 tahun, sementara suasana membahang di California, Amerika Syarikat merupakan yang terburuk dalam jangka masa 1,200 tahun. Manakala, Siberia mengalami ‘nyahfros‘ pada suhu 5 darjah Celsius lebih panas berbanding suhu purata yang direkodkan antara tahun 1981-2010.

Malaysia turut mengalami perubahan suhu yang ketara sekitar Jun tahun lalu, apabila purata suhu bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 24.8 darjah Celsius dicatatkan di Stesen Meteorologi Ranau hingga 30.1 darjah Celsius dicatatkan di Stesen Meteorologi Petaling Jaya dengan sisihan terbesar adalah 2.4 darjah Celsius iaitu di Stesen Meteorologi Subang.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini