Pasangan pengantin Turki jamu 4,000 pelarian pada hari perkahwinan mereka

0
8

BEGINILAH pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, Esra Polat dan Fethullah Üzümcüoğlu meraikan hari bahagian mereka sebagai pasangan suami isteri. Tidak membazir mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, Esra dan Fethullah menjamu 4,000 pelarian Siria pada hari bersejarah mereka.

Ayah kepada pengantin lelaki, Ali Üzümcüoğlu yang bekerja untuk organisasi bantuan, hadir dengan idea unik ini.

Pada pendapat saya, berkongsi hidangan makan malam mahal bersama keluarga dan rakan-rakan adalah tidak perlu, memandangkan terlalu ramai yang memerlukan bantuan di luar sana.

Jadi, selepas mencadangkan kepada anak saya, dia menerima dengan hati terbuka. Saya berasa sungguh gembira kerana dia memulakan fasa baharunya dengan tidak mementingkan diri,” katanya.

Ikuti kemurniaan hati kedua pasangan suami isteri ini menerusi rakaman klip video di bawah:

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini