Mydin sambut ulang tahun ke-60 hari ini

0
104
FOTO/ESEMPOI

PASARAYA Mydin yang terkenal di seluruh Malaysia menyambut ulang tahun ke-60 tahun hari ini di Mydin Hypermarket USJ 1 Subang Jaya, Selangor.

Difahamkan penyanyi Anuar Zain turut diundang untuk membuat persembahan untuk acara sambutan yang akan diadakan di pekarangan Mydin Hypermarket.

FOTO/PANORAMIO

Mydin membuka kedai pertamanya di Kota Bharu, Kelantan dengan menjual mainan dan barangan-barangan keperluan menggunakan modal hasil titik peluh sendiri.

Perniagaan tersebut semakin meluas dengan bantuan anak-anak lelaki Mydin sehingga berjaya membuka operasi di Jalan Masjid India pada tahun 1989. Sejak itu, Mydin telah berkembang pesat dan menjadi pengedar dan pemborong terkemuka di Malaysia.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini