Mirjana ANTM21 mati dibunuh

0
5

BEKAS peserta America’s Next Top Model 21 (ANTM21), Mirjana Puhar ditemui mati dibunuh bersama teman lelakinya, Jonathan Cosme Alvarado dan rakannya, Jusmar Isiah Gonzaga-Garcia di rumah Jonathan di Matthews, North Carolina, Amerika Syarikat Selasa lalu.

Ekoran kejadian itu, seorang suspek, Emmanuel Jesus Rangel telah ditahan. Menurut pihak berkuasa, Emmanuel diberkas sehari selepas kejadian tersebut dan telah dibawa ke ibu pejabat polis.

Juri ANTM21, Tyra Banks menerusi sebuah kenyataan berkata: “Kami berasa sungguh sedih apabila mendapat tahu tentang pemergian Mirjana Puhar. Dia seorang wanita yang ceria dan berkeyakinan tinggi,” ujar.

Model yang berusia 19 tahun itu menyertai ANTM 21 tahun lalu dan disingkirkan pada episod yang kesepuluh.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini