Merokok boleh nipiskan lapisan luar otak

0
5

MENERUSI satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Molecular Psychiatry, aktiviti merokok dikatakan boleh menyebabkan bahagian korteks, iaitu lapisan luar otak menipis hari demi hari. Korteks merupakan bahagian penting pada otak yang membantu manusia untuk berfikir, menyelesaikan masalah matematik, menumpukan perhatian dan belajar bahasa baharu.

Bahagian korteks otak menipis secara semula jadi apabila anda menginjak ke usia tua. Namun, merokok berupaya mempercepatkan proses tersebut. Beberapa kajian yang dilakukan pada masa dahulu ada menyatakan bahawa merokok mampu menyebabkan daya ketajaman otak anda berubah. Tetapi, baru kini ia dibuktikan menerusi kesan penipisan korteks.

Jika anda ada pilihan untuk memilih merosakkan korteks otak anda atau tidak, saya memilih tidak merosakkannya,” ujar Dr. Sherif Karama, pakar psikiatri di Universiti McGill di Kanada yang mengetuai kajian pemerhatian.

Kajian tersebut menunjukkan, walaupun kesan penipisan boleh dipulihkan, namun ia mengambil masa antara beberapa minggu hingga 25 tahun untuk kembali normal. Segalanya bergantung pada ketegaran perokok itu sendiri.

Apa yang mengejutkan adalah bagaimana kesannya boleh merebak hingga ke seluruh otak.

Ia bukan terkesan pada sebahagian kecil otak, tetapi keseluruhannya,” katanya lagi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini