Mencarut boleh legakan kesakitan

0
22

ANDA pasti sering berhadapan dengan situasi di mana mulut terlepas melontarkan perkataan kurang manis saat kaki tersadung ketika menaiki tangga. Mungkin ia merupakan satu perkara yang kedengaran buruk bagi sesetengah orang, namun, percaya atau tidak, mencarut atau menyumpah merupakan habit yang boleh dikategori sebagai menyihatkan.

Menurut kaji selidik yang dijalankan pada tahun 2009 di Keele Universiti, United Kingdom, melontarkan kata-kata carutan secara tidak sengaja bagi mengekspresikan rasa sakit boleh membantu meringankan kesakitan yang dialami – sama ada ia berlaku secara fizikal mahupun mental.

Menerusi kajian tersebut, peserta diminta untuk merendamkan tangan mereka di dalam baldi yang penuh dengan air dan ais. Separuh daripada peserta dibenarkan untuk mencarut mengikut perkataan pilihan masing-masing dan sebahagian lagi tidak dibenarkan berbuat demikian.

Keputusannya, kumpulan yang dibenarkan mencarut mampu bertahan lebih lama berbanding kumpulan yang satu lagi. Justeru, para penyelidik percaya bahawa dengan mencarut, seseorang itu mampu untuk mengalihkan perhatian terhadap kesakitan yang mereka hadapi bagi meneruskan aktiviti yang ingin mereka sudahkan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini