Malaysia Airlines perkenal kerusi versi ‘katil’

0
115

SYARIKAT penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) bakal memperkenalkan kerusi penumpang baharu bagi kelas perniagaan.

Istimewanya kerusi tersebut boleh didepakan dan menjadi katil. Model kerusi tersebut bakal digunakan untuk pesawat Boeing 737 MAX 10 kaki.

FOTO / THE DESIGN AIR

Direka oleh syarikat Thompson Aero Seating, kerusi baharu tersebut pasti memberikan keselesaan berganda kepada penumpang kelas perniagaan dan kelas pertama.

Syarikat daripada Ireland itu juga mereka khas rekaan Vantage yang digunakan syarikat penerbangan milik Amerika Syarikat, JetBlue di mana setiap sepasang kerusi kelas perniagaan diletakkan penghadang bagi memberikan lebih privasi.

Tidak banyak syarikat penerbangan yang menyediakan kerusi yang boleh ditukarkan menjadi katil seperti Boeing 737 dan Airbus A320.

Namun, MAS percaya cadangan itu berpotensi memberi keuntungan walaupun untuk penerbangan sekitar empat hingga lima jam sahaja.

FOTO / LOWYAT FORUM

“Jika anda bertanya kepada mereka yang sering keluar negara atas urusan perniagaan, perkara utama yang mereka mahu adalah untuk sampai ke destinasi.

“Namun antara yang sama penting tentulah mendapatkan rehat dan tidur walaupun sebentar.

“Usah terkejut kerana pasti ada penumpang yang sanggup membayar untuk keselesaan ekstra,”¬†¬†jelas Bellew, CEO Malaysia Airlines Berhad.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini