Makanan segera bikin otak jadi dungu

0
15

MAKANAN segera terbukti boleh menyebabkan masalah kegemukan, meningkatkan risiko diabetes tahap dua, sukar mereput dan terbaharu, menurut kajian, mampu membuat penggemarnya menjadi dungu.

Penyelidik di Universiti Ohio, Amerika Syarikat yang menjalankan kajian terhadap 11,700 kanak-kanak mendapati, pertambahan pengambilan makanan segera setiap hari menyumbang kepada keputusan akademi yang merosot sebanyak 20 peratus.

“Keputusan kami menunjukkan hubung kait jelas dan konsisten antara pengambilan makanan segera oleh kanak-kanak gred lima dan pertumbuhan akademi gred lima dan lapan,” lapor para penyelidik dalam penyelidikan bertajuk Fast Food Consumption and Academic Growth in Late Childhood.

“Keputusan ini memberikan bukti awal bahawa pengambilan makanan segera berkait dengan keputusan akademik pelajar yang merosot,” jelas laporan itu lagi.

Keputusan kami menunjukkan persatuan yang jelas dan konsisten antara pengambilan makanan segera kanak-kanak dalam gred kelima dan pertumbuhan akademik antara gred kelima dan kelapan

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini