ANAKANDA Puteri tunggal Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah telah mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dari surah-surah lazim untuk majlis khatam al-Quran sebelum majlis pernikahan yang bakal berlangsung esok.

JOHOR ROYAL PRESS OFFICE

Majlis serderhana itu berlangsung di Istana Bukit Serene dan turut diserikan dengan kehadiran DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah II.

Hadir sama ialah KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskadariah binti Almarhum Sultan Iskandar, YM Raja Sarina Intan Bahiyah, YM Raja Safiyah, DYAM Tunku Soraya Abdul Halim, kerabat Diraja Perak, serta isteri-isteri pegawai daerah Johor.

Majlis diakhiri dengan doa yang dibacakan oleh guru agama peribadi Tunku Tun Aminah, Ustazah Hajah Raimah Binti Kemat.

JOHOR ROYAL PRESS OFFICE

Difahamkan, YAM Tunku Tun Aminah adalah cucunda perempuan pertama kepada Almarhum Sultan Idris Shah II dan Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin yang bakal melangsungkan perkahwinan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini