Madhu Kinnar datuk bandar transgender pertama di India

0
21

MADHU BAI KINNAR, seorang transgender dari kasta rendah telah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai datuk bandar di Raigarh, Chhattisgarh, India pada Ahad lalu. Menerusi pilihanraya perbandaran negeri itu, Madhu, 35, menewaskan calon lawan, Mahaveer Guruji dari parti Bharatiya Janata Party dengan jumlah undian sebanyak 4,537.

Kinnar

Dia merupakan transgender pertama dari India yang dipilih untuk menjawat jawatan sebagai datuk bandar.

Ramai yang menggalakkan saya untuk bertanding dan kerana galakan itu juga saya berjaya memenangi pilihanraya ini,” tutur Madhu yang sebelum ini yang hanya menyanyi dan menari di atas kereta api bagi mencari rezeki sebelum menyertai pilihan raya tersebut.

Orang awam telah menunjukkan kepercayaan terhadap saya. Saya anggap kemenangan ini sebagai kasih sayang dan rahmat dari mereka untuk saya. Saya akan berusaha sehabis baik untuk menunaikan impian mereka,” ujarnya penuh semangat.

Pada April tahun lalu, Mahkamah Agung India telah memutuskan bahawa individu transgender diiktiraf sebagai jantina ketiga.

Kredit gambar: Advocate

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini