Semasa

Lima fakta tentang enam anak Angelina Jolie-Brad Pitt

By  | 

BERITA perpisahan pasangan paling disegani di Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie telah meruntun hati ramai pengikut mereka.

Tanpa sebarang petanda, tiba-tiba Jolie, 41, memfailkan penceraian selepas mendirikan rumah tangga bersama Pitt, 52, selama dua tahun. Bagaimanapun kedua-duanya mula berpasangan sejak tahun 2005.

Sepanjang lebih 10 tahun hidup bersama, Pitt dan Jolie membina keluarga besar dengan enam orang anak (tiga daripadanya anak angkat).

angelina-jolie-by-annie-leibovitz-for-vogue-us-november-2015-3-jpg-cFOTO: FASHIONONROCK

Ikuti lima fakta tentang keenam-enam cahaya mata bekas pasangan emas Hollywood yang popular dengan gelaran Brangelina ini.

1) Jolie mengambil anak angkat pertama, Maddox Chivvan pada tahun 2002

maddoxFOTO: CIALISCANADACHEAP9R

Pada tahun 2002, Jolie telah ke sebuah rumah anak yatim di Kemboja. Di situ Jolie dan bekas suami, Billy Bob Thorton bertemu dengan Maddox yang ketika itu baru berusia tujuh bulan.

Proses perpindahan Maddox, 15, ke Amerika Syarikat (AS) menjadi sukar selepas sebulan Jolie mengemukakan permohonan. AS telah menyekat pengambilan anak angkat dari Kemboja ekoran isu pemerdagangan kanak-kanak. Bagaimanapun Jolie berhasil mengambil Maddox mengikut caranya sendiri dan tiga bulan selepas itu, dia dan Thorton bercerai.

Menerusi satu temu bual baru-baru ini, Jolie mendedahkan bahawa Maddox sangat berminat dalam proses pembikinan filem dan pernah bekerja sebagai pembantu produksi dalam filem By the Sea (2015). Maddox juga bakal terlibat dalam projek Netflix terbaharu Jolie, adaptasi novel, First They Killed My Father: A Daughter of Cambodia Remembers.

angelina-jolie-by-annie-leibovitz-for-vogue-us-november-2015-2-jpg-cFOTO: FASHIONONCROCK

“Maddox akan ke set penggambaran setiap hari selepas sesi persekolahan dan membantu kru belakang tabir. Sepanjang persediaan filem terbaharu ini, kami sama-sama belajar tentang negara kelahirannya, Kemboja,” ujar Jolie.

Nama asal: Rath Vibol
Tarikh lahir: 5 Ogos 2001
Tempat lahir: Kemboja

2) Zahara Marley sertai keluarga pada tahun 2005

Selang tiga tahun mengambil Maddox, Jolie membuat keputusan mengambil anak angkat kedua, Zahara Marley, bayi berusia enam bulan dari sebuah rumah anak yatim di Ethiopia. Kali ini, Pitt terlibat sama dan keputusan mengambil Marley adalah atas dasar kesefahaman bersama.

36774965a4303779e7d423ad72113ff0FOTO: HUBMESH

Ibu kandung Marley, Mentwabe Dawit pernah mendedahkan kepada agensi berita antarabangsa, Associated Press (AP) bahawa anak perempuannya itu dikandung selepas diperkosa seorang lelaki. Dawit juga tidak mampu untuk menyusukan Marley sebelum menyerahkannya ke rumah anak yatim tetapi bersyukur kerana anaknya kini mempunyai masa depan lebih cerah bersama Jolie.

Marley, 11, menyumbangkan suaranya untuk satu peranan kecil dalam filem Kung Fu Panda 3 (yang turut dijayakan Jolie dengan membawa watak Tigress). Dia turut muncul dalam filem Disney, Maleficent, juga lakonan ibunya. Namun, watak kecilnya tidak tersenarai dalam kredit filem tersebut.

Nama asal: Teena Adam
Tarikh lahir: 8 Januari 2005
Tempat lahir: Ethiopia

3) Shiloh anak kandung pertama Pitt-Jolie lahir pada tahun 2006

Anak ketiga (anak kandung pertama) pasangan ini, Shiloh Nouvel, dilahirkan di Swakopmund, Namibia pada Mei 2006. Pasangan itu terbang ke sana bagi mengelak daripada media.

shiloh-jolie-pitt-newFOTO: CLOSERWEEKLY

Foto pertama Nouvel dijual kepada majalah People dan Hello! pada nilai AS$7 juta (RM29 juta). Hasil jualan foto tersebut kemudiannya didermakan Jolie kepada Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Pada satu temu bual bersama Vanity Fair sekitar tahun 2010, Jolie menyifatkan Shiloh sebagai anak yang lucu dan periang. Awal tahun ini pula, OK Magazine melaporkan bahawa Shiloh, 10, mahu dikenali sebagai kanak-kanak lelaki.

“Shiloh hanya mengenakan pakaian lelaki dan selalu ‘mencuri’ baju-T abangnya, Pax,” kongsi Jolie dalam satu temu bual bersama OK Magazine.

Tarikh lahir: 27 Mei 2006
Tempat lahir: Swakopmund, Namibia

4) Pax Thien dijadikan anak angkat pada tahun 2007

Pada Mac 2007, Pitt dan Jolie mengambil anak angkat ketiga (anak keempat), Pax Thien dari sebuah rumah anak yatim di Vietnam.

pax_092415061352FOTO: INDIATODAY

Ketika itu Pax berumur 4 tahun dan prosedur pengambilan juga mengalami masalah. Vietnam tidak membenarkan pasangan tidak berkahwin mengambil anak angkat. Jadi Jolie mengambil Pax di bawah namanya seorang. Apabila kembali ke AS, Pitt kemudiannya membuat permohonan mengambil Pax sebagai anak angkat bersama Jolie.

Nama Pax dikhabarkan diberi oleh ibu Jolie, Marcheline Bertrand, yang meninggal dunia akibat kanser pada tahun yang sama.

Nama asal: Pham Quang Sang
Tarikh lahir: 29 November 2003
Tempat lahir: Vietnam

5) Jolie lahirkan pasangan kembar pada tahun 2008

Setahun selepas mengambil Pax sebagai anak angkat, Jolie melahirkan anak kembar; Knox Leon (bayi lelaki) dan Vivienne Marcheline (bayi perempuan).

knox-vivienne-jolie-pitt-jpgFOTO: CLOSERWEEKLY

Dilahirkan di Perancis, kekecohan dalam kalangan media tercetus sekali lagi bagi merebut foto pertama pasangan kembar tersebut. Pitt dan Jolie sekali lagi menjual gambar pertama anak mereka kepada majalah People dan Hello! pada harga AS$14 juta (RM58 juta). Wang tersebut kemudiannya disalurkan kepada Yayasan Jolie-Pitt.

Nama tengah Vivienne, Marcheline adalah nama ibu Jolie manakala nama tengah Knox, Leon merupakan nama moyang Jolie. Vivienne muncul di layar perak untuk pertama kalinya sebagai Aurora kecil dalam filem Maleficent. Vivienne dan Knox kini berusia 8 tahun.

Tarikh lahir: 12 Julai 2008
Tempat lahir: Nice, Perancis

Sumber: Heavy

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *