Lima cara memastikan rumah berada dalam keadaan selamat sewaktu bercuti

0
35

CUTI sekolah datang lagi. Ketika ini, ibu bapa akan sibuk merancang percutian dan menghabiskan banyak masa bersama anak-anak. Satu hal mengenai percutian keluarga adalah, ia biasanya mengambil masa yang agak lama, lebih-lebih lagi jika destinasi yang dituju terletak jauh dari Malaysia.

Sudah pasti, ibu bapa yang mahu meninggalkan rumah tatkala bepergian berasa gusar, memandangkan pelbagai perkara buruk boleh berlaku sepanjang ketiadaan mereka. Justeru, Pepatung menyenaraikan lima cara mudah untuk memastikan rumah anda berada dalam keadaan selamat sewaktu pergi bercuti:

1) Minta rakan baik atau jiran tinjau keadaan rumah
Jika ada antara kenalan yang sudi untuk bermalam di rumah anda sepanjang bepergian, bebanan anda akan menjadi sedikit kurang. Jika tidak ada yang berkesempatan, anda boleh menyerahkan kunci rumah kepada rakan atau jiran dan meminta mereka meninjau keadaan rumah dua atau tiga hari sekali.

2) Elakkan memberitahu anda pergi bercuti menerusi laman media sosial
Apabila anda pergi bercuti dan sedang berseronok, sudah pasti anda mahu berkongsinya dengan rakan-rakan lain. Bagaimanapun, saya nasihatkan supaya tidak berkongsi sebarang gambar sewaktu anda sedang bercuti,” ujar pengacara radio Kim Komando menerus laman webnya. Tunggu sehingga percutian anda selesai dan kongsi gambar-gambar menarik itu sewaktu ada selamat tiba ke rumah.¬†Memuat naik gambar sewaktu sedang bercuti sama sahaja seperti menghantar e-mel secara pukal kepada pencuri sambil memberitahu: “Sekarang adalah masa yang sesuai untuk datang ke rumah saya dan ambil apa yang kamiu mahukan. Saya tiada di rumah dan tiada sesiapa yang akan dapat menghalang!

3) Jangan terlalu mengubah keadaan rumah anda
Anda mungkin akan menarik langsir sebelum keluar rumah, namun, itu bukan langkah yang bijak. Menurut IndependentTraveler.com: “Perubahan yang ketara pada rumah mampu memberi bayangan bahawa anda sedang bercuti panjang.” Jadi, biarkan langsir seperti biasa dan alihkan barangan berharga daripada kawasan tingkap.

4) Tangguh penghantaran surat khabar
Sebelum pergi bercuti, hentikan sebentar langganan surat khabar harian anda. Lambakan surat khabar di hadapan rumah memberikan idea bahawa anda tidak ada di rumah untuk tempoh yang lama.

5) Tutup suis utama dan tanggalkan soket barangan elektrik
Selain mengelakkan rumah daripada dimasuki pencuri, anda juga tidak mahu meninggalkan rumah dalam keadaan berbahaya. Pastikan setiap alatan elektrik dimatikan dan suis utama dipadamkan. Ia dapat mengelakkan kejadian litar pintas sekaligus mengurangkan risiko kebakaran.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini